• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bumbung Kereta Remuk Tiada Kaitan Pembinaan SUKE

oleh
21/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki remuk di bahagian bumbung belakang selepas disyaki dirempuh sebuah kenderaan yang membawa kren di kawasan pembinaan Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) di Taman Leng Seng, Cheras, malam ini. 

Ia sekali gus menepis dakwaan yang tular media sosial bahawa kejadian itu berkaitan dengan pembinaan lebuh raya SUKE.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, ACP Zulkefly Yahya berkata laporan awal pegawai penyiasat di tempat kejadian tidak menemui sebarang objek yang disyaki menghempap kenderaan terbabit. 

“Bagaimanapun siasatan masih diteruskan,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, jurucakap Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn Bhd (PROLINTAS) ketika dihubungi Bernama berkata kerja-kerja pembinaan lebuh raya SUKE dihentikan serta-merta sejak insiden membabitkan kenderaan dipandu seorang wanita dihempap parapet konkrit petang semalam.

Jelasnya, laporan awal yang diterima PROLINTAS mendapati kejadian disyaki berlaku membabitkan kemalangan dua kenderaan.

Kejadian itu tular di media sosial malam ini memaparkan sebuah kereta rosak di bahagian bumbung dan pasukan bomba melakukan operasi.

Menerusi video tersebut, mangsa seorang lelaki berusia 50-an dilihat berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Dalam kejadian kira-kira 5.45 petang Sabtu, seorang wanita berusia 25 tahun nyaris maut selepas kepingan konkrit daripada kerja-kerja pembinaan lebuh raya SUKE, terjatuh menghempap kereta yang sedang dipandunya di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami cedera di bahagian tangan kiri. – BERNAMA

Tags: Dirempuh KrenLebuh Raya SUKE
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suke Mula Kutip Tol Tengah Malam Ini

Suke Mula Kutip Tol Tengah Malam Ini

14/10/2022
0

PETALING JAYA – Kutipan tol di Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (Suke) akan dikenakan kepada pengguna bermula 12.01 tengah...

Kemalangan Akibat Berhenti Lihat Pemandangan Di Lebuh Raya SUKE

Kemalangan Akibat Berhenti Lihat Pemandangan Di Lebuh Raya SUKE

19/09/2022
0

AMPANG – Tindakan seorang pemandu memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan demi melihat pemandangan di Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd