• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Tetapkan 5 Warna Gelang Berbeza Untuk Kuarantin

oleh
18/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan menetapkan lima warga gelang berbeza untuk dipakai individu yang perlu menjalani kuarantin mengikut stok dan kawasan pemantauan.

Selain gelang berwarna merah jambu, gelang berwarna putih, biru, merah dan kuning turut dipakaikan kepada individu yang menjalani tempoh kuarantin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pemakaian warna gelang kepada individu yang perlu dikuarantin tertakluk kepada stok di kawasan setempat dan penentuan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

Katanya, PKD akan menulis nama, tempat dan tarikh saringan dilakukan pada gelang berkenaan sebelum dipakaikan kepada individu terbabit untuk menjalani tempoh kuarantin.

“Gelang kuarantin adalah tanda yang dipakaikan kepada individu di bawah pengawasan seperti kontak rapat kes positif, pengembara baru pulang dari luar negara atau individu berada dalam Kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD) Secara Pentadbiran.

“Individu yang dipakaikan gelang kuarantin ini tidak boleh keluar rumah sehingga tempoh kuarantin tamat, kecuali bagi ketua keluarga. Gelang kuarantin itu hanya boleh dipotong oleh pihak PKD selepas tempoh kuarantin tamat.

“Sekiranya ada individu dengan gelang kuarantin berada di kawasan umum, ia perlu dilaporkan kepada polis bagi melindungi masyarakat daripada risiko jangkitan COVID-19,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut mengucapkan terima kasih dengan keprihatinan masyarakat melaporkan kepada pihak berkuasa apabila menyedari kehadiran individu dengan gelang kuarantin di tempat umum.

“Individu yang ingkar arahan ini boleh mendatangkan bahaya kepada masyarakat. Kepatuhan individu yang dipakaikan gelang kuarantin untuk kekal berada di rumah sangat dihargai kementerian,” katanya. – BH Online

Tags: gelang kuarantinKKM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ramai Perkhidmatan Sokongan Kritikal KKM Berstatus Kontrak?

Ramai Perkhidmatan Sokongan Kritikal KKM Berstatus Kontrak?

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang Ahli Dewan Negara melahirkan kebimbangan ramai pekerja perkhidmatan sokongan kritikal di fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM)...

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan kebimbangan program yang mahu diperkenalkan Kementerian Kesihatan (KKM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd