• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas SUSK Bekas Menteri Didakwa Lagi Berhubung Rasuah

oleh
17/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Bekas setiausaha sulit kanan kepada bekas menteri pelancongan seni dan budaya yang sebelum ini dihadapkan ke mahkamah atas 18 pertuduhan berhubung rasuah, didakwa lagi melibatkan enam pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM106,500.

Mohd Saifullah Mohd Minggu @ Mohd Hashim, 29, mengaku tidak bersalah sebaik kesemua pertuduhan terhadapnya itu dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Mengikut tiga pertuduhan, Mohd Saifullah didakwa menerima suapan wang tunai berjumlah RM90,000 daripada pemilik syarikat Inter Bev Network Sdn Bhd, Ronald Seto Kong Seng melalui Roslan Lahada.

Wang tersebut sebagai upah untuknya yang berjanji mendapatkan tender Perkhidmatan Penghasilan Penjenamaan dan Kreatif untuk Kempen Pengiklanan Tourism Malaysia serta Perkhidmatan Pembelian Ruang Iklan bagi Pasaran Negara-Negara Asia Utara dan Asia Timur Tourism Malaysia untuk Inter Bev Network.

Bagi tuduhan keempat hingga keenam, Mohd Saifullah didakwa menerima dan meminta suapan bernilai RM16,500 daripada Ronald Seto, juga melalui Roslan, iaitu pembayaran deposit dan sewaan seunit rumah di Vipod Residences, No. 6, Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di premis di Temasya Anggun, Glenmarie di sini; Kota Damansara, Petaling Jaya; Dengkil, Sepang dan di Bandar Puteri, Puchong antara 21 Disember 2018 hingga 30 Mac 2019.

Kesemua pertuduhan  dibuat menurut  Seksyen 16 (a) (B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Asyraf Mohamed Tahir manakala tertuduh diwakili peguam Md Yunos Shariff.

Muhammad Asyraf kemudian memohon  agar kes berkenaan dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk dibacakan dan dibicarakan bersama 18 lagi pertuduhan yang dihadapi tertuduh pada 23 Sept ini.

Pihak pendakwaan turut menawarkan ikat jamin RM200,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah selain dikehendaki melaporkan diri di pejabat SPRM setiap awal bulan.

Hakim membenarkan kedua-dua permohonan itu.

Pada 19 Ogos lepas, Mohd Saifullah didakwa atas 18 pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menerima dan meminta suapan berjumlah RM3,129,015 daripada pemilik sebuah syarikat bagi mendapatkan tender perkhidmatan pengiklanan di bawah kementerian berkenaan. – BERNAMA

Tags: bekas menterirasuahSUSK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

19/01/2026
0

SHAH ALAM - Seorang Pegawai Imigresen Gred KP 22 hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas 53 pertuduhan...

Bekas Setiausaha Politik Lapor SPRM, Artikel Penghargaan Kepada Dr Zaliha Disalah Tafsir

Bekas Setiausaha Politik Lapor SPRM, Artikel Penghargaan Kepada Dr Zaliha Disalah Tafsir

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Bekas setiausaha politik kepada Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd