• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Mati Ditetak Selepas Tunjuk Kemaluan

oleh
14/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH – Seorang lelaki mati ditetak dalam pergaduhan dengan beberapa lelaki di pekarangan rumah di Taman Pengkalan Indah, di sini, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris berkata, dalam kejadian 9 malam itu, mangsa berusia 25 tahun dan bekerja sebagai pemandu lori serta seorang rakannya datang ke rumah seorang penduduk taman berkenaan sebelum memulas pendikit motosikal hingga menyebabkan bunyi bising.

Beliau berkata, selepas membuat bising, mereka beredar, tetapi datang semula selang beberapa minit kemudian dan mengulangi perbuatan sama sambil mengeluarkan kata-kata kesat dan beredar selepas itu.

“Wanita yang menghuni rumah berkenaan menghubungi dua abangnya dan selepas tiba, mereka menutup pintu pagar rumah.

“Bagaimanapun, mangsa dan rakannya datang semula dan bertengkar dengan kedua-dua abang wanita terbabit sebelum melemparkan topi keledar dan parang ke halaman rumah itu,” katanya.

Beliau berkata, pertengkaran itu berlarutan hingga mangsa dipercayai menunjukkan kemaluannya kepada wanita terbabit.

Katanya, ia menyebabkan pertengkaran itu bertukar menjadi pergaduhan menggunakan parang dan mangsa serta rakannya dikejar sejauh 80 meter.

“Seorang daripada abang wanita terbabit dipercayai menetak badan mangsa dengan parang manakala rakan mangsa berjaya melarikan diri.

“Dalam keadaan berlumuran darah, mangsa sempat melarikan diri ke pekarangan rumah seorang penduduk dan seorang lelaki penghuni rumah berkenaan yang mengenali mangsa segera menunggang motosikal ke rumah mangsa untuk memberitahu isteri mangsa mengenai kejadian itu,” katanya.

Beliau berkata, isteri mangsa bergegas memandu kereta ke rumah lelaki terbabit sebelum membawanya ke Hospital Alor Gajah, tetapi mangsa disahkan sudah meninggal dunia.

Menurutnya, berikutan itu, polis menahan sembilan lelaki berusia antara 20-an hingga 50-an di sekitar bandar ini bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – myMetro Online

Tags: kemaluanmati ditetak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Tunjuk Kemaluan Kepada Pelajar Ditahan Polis

Lelaki Tunjuk Kemaluan Kepada Pelajar Ditahan Polis

30/06/2022
0

PUTRAJAYA – Lelaki gila seks yang bertindak menujuk kemaluan kepada pelajar sekolah di sini pada Rabu lalu akhirnya berjaya ditahan...

Menyamar Pakar Sakit Puan, Minta Gambar Kemaluan

13/11/2021
0

Menggunakan nama pakar untuk meminta kemaluan wanita.

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd