• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 25 Ekor Haiwan ’Kampung Boy’ Dijumpai Mati

oleh
14/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Remaja yang terkenal dengan jolokan ‘Kampung Boy’ atau ‘Mowgli Malaysia’ terpaksa berdepan dengan episod duka hari ini apabila dipercayai lebih 25 ekor haiwan ternakan termasuk kerbau milik bapanya didapati sudah tidak bernyawa, pagi ini.

Muhammad Syukur Khamis, 15, meluahkan perasaan sedihnya itu di laman sosial Facebook ‘Syukor Khamis – Kampong Boy’ kira-kira pukul 11 pagi tadi memaparkan proses menanam bangkai haiwan kesayangannya itu.

Beliau berkata kejadian di Kampung Banggol Katong itu adalah dugaan besar buat keluarganya dan tidak menolak kemungkinan ia disebabkan wabak penyakit.

“Mungkin sekarang musim wabak, kami sekeluarga mengharapkan doa dari semua agar musibah ini segera berakhir,” katanya di dalam hantaran di laman sosial itu.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut memberi kata-kata perangsang kepada Muhammad Syukur dan bapanya Khamis Jusoh, 64, agar tabah dengan ujian yang melanda mereka sekeluarga.

“Kepada anakanda Muhammad Syukur sekeluarga, banyakkan bersabar…sedih itu hal yang biasa namun usah terlalu bersedih kerana ia adalah putaran biasa kehidupan makhluk Allah,” katanya menerusi laman sosial Facebook rasmi miliknya.

Netizen juga memberikan kata-kata semangat kepada Muhammad Syukur dan berharap wabak tidak akan menjejaskan ternakan lain.

Muhammad Syukur telah menjadi buruan lensa jurugambar dalam dan luar negara sejak beberapa tahun lalu setelah gambar aksinya bersama lebih 100 ekor kerbau tular di media sosial dan mendapat pengiktirafan antarabangsa. – BERNAMA

Tags: Haiwan TernakanKampung BoyMowgli Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Saya Masih ‘Budok Kuba’, Akan Bangkit Dari Kesedihan”

21/09/2020
0

KUALA TERENGGANU - “Saya masih Budok Kuba (budak kerbau). ‘Tsunami’ ini lebih menguatkan semangat dan beri kekuatan untuk terus berusaha,...

5 Lagi Kerbau ‘Mowgli Malaysia’ Mati

15/09/2020
0

KUALA TERENGGANU - Lima kerbau lagi milik Muhammad Syukur Khamis, 15, atau lebih dikenali sebagai 'Mowgli Malaysia' mati pagi ini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd