• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Baharu COVID-19 Menurun Ke 58 Kes Hari Ini

oleh
12/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kes baharu COVID-19 menurun ke dua angka berbanding tiga angka semalam apabila mencatat 58 kes membabitkan 53 kes penularan tempatan dan lima kes import.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah penularan tempatan sebanyak 29 kes adalah warganegara dan 24 kes bukan warganegara, manakala tiga warganegara dan dua bukan warganegara bagi kes import dari Pakistan, India, Indonesia, Syria dan Filipina.

Katanya, di Sabah sebanyak 48 kes dicatatkan dengan 44 kes daripada Kluster Benteng Lahad Datu, tiga daripada Kluster Laut ((kluster baharu) dan satu kes saringan prapembedahan di Hospital Queen Elizabeth.

Menurutnya daripada 48 kes itu, 24 melibatkan bukan warganegara.

“D Kedah terdapat lima kes daripada Kluster Sungai dan menjadikan jumlah kes aktif (keseluruhan) dengan dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 551 kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, sehingga kini terdapat sembilan kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) melibatkan lima kes memerlukan bantuan pernafasan, sementara tiada pertambahan kes kematian menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat pandemik itu kekal 128 kes.

Katanya terdapat lapan kes yang telah pulih dengan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 9,189 kes. – BERNAMA

Tags: Covid-19KKM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Ramai Perkhidmatan Sokongan Kritikal KKM Berstatus Kontrak?

Ramai Perkhidmatan Sokongan Kritikal KKM Berstatus Kontrak?

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang Ahli Dewan Negara melahirkan kebimbangan ramai pekerja perkhidmatan sokongan kritikal di fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM)...

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan kebimbangan program yang mahu diperkenalkan Kementerian Kesihatan (KKM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd