• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Cadangan Tukar MyKad Baharu

oleh
09/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak bercadang untuk menukar kad pengenalan atau MyKad kepada yang baharu, memandangkan MyKad sedia ada dilengkapi ciri-ciri keselamatan bermutu tinggi dan canggih, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said.

Bagaimanapun beliau berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), sentiasa terbuka untuk mengkaji dan mendapatkan pandangan daripada mana-mana pakar, untuk menukar MyKad sekiranya ada keperluan pada masa akan datang.

“Pertamanya, (MyKad sedia ada) diperbuat daripada bahan polikarbonat sepenuhya dan telah diuji ketahanannya di makmal yang diiktiraf. Selain itu cip MyKad juga, telah melalui beberapa peringkat pengujian, termasuklah sebelum proses memasukkan cip ke dalam MyKad.

“Tulisan laser pada nama, nombor kad pengenalan dan gambar kecil, bagi mengelakkan maklumat daripada dipinda, dan sekiranya terdapat pindaan, pindaan tersebut dapat dikesan dengan mudah dan pantas,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad, yang ingin tahu mengenai jangka masa kerajaan untuk melaksanakan proses menukar kad pengenalan baharu yang berkualiti dan lengkap dengan ciri-ciri keselamatan.

Ismail turut menyeru orang ramai untuk membawa dan menyimpan MyKad mereka pada setiap masa, serta bertanggungjawab ke atasnya seperti yang ditetapkan di bawah Peraturan 6 Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.

Katanya, individu yang gagal mematuhi Peraturan 6, boleh didenda di bawah Peraturan 25(n) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau keduanya, jika sabit kesalahan.

Menjawab soalan tambahan Mohamad Ali mengenai hasil siasatan laporan polis yang dibuat JPN, terhadap satu laman sesawang yang mengiklan dan menjual MyKad palsu dalam talian pada 21 Mei lepas, Ismail berkata kes itu masih dalam siasatan polis dan pihaknya akan meneruskan siasatan, supaya mana-mana sindiket terlibat dibawa ke muka pengadilan.

“JPN melalui kerjasama agensi di bawah KDN seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), sentiasa mengadakan operasi serta memandang berat terhadap mana-mana sindiket, yang bertindak memalsukan MyKad,” katanya. – BERNAMA

Tags: kad pengenalanMyKad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JPN: Penjara Tiga Tahun Jika Guna Mykad Orang Lain Beli Petrol

JPN: Penjara Tiga Tahun Jika Guna Mykad Orang Lain Beli Petrol

06/04/2026
0

JABATAN Pendaftaran Negara (JPN) memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menggunakan MyKad orang lain - termasuk milik ahli keluarga...

13,632 MyKad Alami Cip Rosak Diganti Dalam 5 Hari – Saifuddin

13,632 MyKad Alami Cip Rosak Diganti Dalam 5 Hari – Saifuddin

27/09/2025
0

SANDAKAN: Sejumlah 13,632 MyKad yang mengalami kerosakan cip diganti dalam tempoh lima hari di seluruh negara sejak kerajaan mengumumkan kemudahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd