• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Cari Penjaga Kanak-Kanak Pandu Treler Pula

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Selepas seorang bapa membenarkan anak lelakinya berusia sembilan tahun memandu Proton Saga di Kampung Bongek, Rembau, tular pula insiden sama apabila menyaksikan seorang kanak-kanak memandu sebuah treler.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, hasil semakan pihaknya mendapati kejadian berkenaan berlaku di Rantau, dekat sini.

“Kejadian berlaku pada 4.41 petang semalam menerusi satu video tular berdurasi 1.18 minit memaparkan seorang kanak-kanak di bawah umur dirakam sedang memandu sebuah treler jenis Hino.

“Kejadian berlaku di kawasan Rantau, Seremban dan satu laporan polis diterima berkait video yang tular itu kerana bapa kanak-kanak terbabit dengan cuai membiarkan anak bawah umur memandu treler.

“Kita sedang mengesan bapa kepada kanak-kanak terbabit untuk siasatan lanjut,” katanya, di sini, hari ini.

Menurutnya, siasatan lanjut termasuk umur kanak-kanak terbabit masih diteruskan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Sebelum ini, tular video berdurasi 53 saat di Facebook (FB) bertajuk ‘Handa orang Rombau haa’, yang memaparkan kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun memandu Proton Saga.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Anuar Bakri Abdul Salam berkata, bapa kepada kanak-kanak berkenaan dikenakan tindakan saman mengikut Seksyen 111 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Siasatan awal mendapati kanak-kanak terbabit memandu kereta berkenaan tanpa kebenaran dan pengetahuan bapanya yang berusia 47 tahun di Kampung Bongek, Rembau.

“Namun bapa kanak-kanak berkenaan dikenakan tindakan saman mengikut Seksyen 111 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – myMetro Online

Tags: kanak-kanakpandu trelerpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-Kanak Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bermain Di Pantai Kuala Kemasin

Kanak-Kanak Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bermain Di Pantai Kuala Kemasin

03/10/2026
0

BACHOK - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun di sini dilaporkan mengalami kecederaan pada kepala dan leher selepas diserang sekumpulan...

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd