• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Pegawai Imigresen Positif Covid-19, Lagi Kluster Baharu

oleh
07/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Dua pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang bertugas di Depot Tahanan Imigresen (DTI) Semenyih, Selangor disahkan positif koronavirus (Covid-19).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya berkata, kedua-dua pegawai berkenaan merupakan kontak rapat kepada seorang tahanan yang dikesan positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan untuk proses penghantaran pulang ke negara asal.

“Mereka adalah dua daripada empat pegawai JIM yang mengiringi tahanan itu ketika melakukan ujian saringan di Klinik Kesihatan,” katanya.

Menurutnya, pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat telah dijalankan.

“Sehingga hari ini, seramai 269 orang telah disaring melibatkan 134 tahanan, 129 orang kakitangan DTI dan enam ahli keluarganya.

“Kes jangkitan Covid-19 di depot tahanan ini diisytihar sebagai Kluster DTI Semenyih 2. Tahanan tersebut yang merupakan kes ke 9,320 adalah kes indeks bagi kluster ini,” katanya.

Sementara itu, KKM mengesan 11 kes baharu positif Covid-19 hari ini termasuk tujuh kes import dan empat kes penularan tempatan.

“Bagi kes penularan tempatan, satu kes masing-masing dikesan daripada Kluster Telaga dan seorang tahanan dari Pusat Tahanan Sementara (PTS) Beranang, Selangor selain dua pegawai JIM,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 sebanyak 9,385 kes.

“Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 165 kes,” kata beliau lagi.

Sementara itu menurutnya, terdapat empat kes positif Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi termasuk tiga memerlukan bantuan pernafasan.

“Tiada kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan, justeru bilangan kes kematian adalah 128 kes,” ujar beliau.

Seramai sembilan pesakit Covid-19 pula disahkan pulih dan dibenarkan pulang.

“Jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya dari Covid-19 adalah 9,092 kes,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Covid-19CPRCKKMklusterpegawai imigresen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diminta tidak panik dengan laporan berita di peringkat global mengenai penularan hantavirus yang boleh membawa...

“Kalau Boleh Jangan Ada Pemotongan (Bajet)” – Menteri KKM

“Kalau Boleh Jangan Ada Pemotongan (Bajet)” – Menteri KKM

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menilai semula cadangan pelarasan dan pemotongan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd