• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mira Filzah Kini Isteri Orang

oleh
04/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DENGAN sekali lafaz, pelakon Mira Filzah, 27, sah bergelar isteri kepada Wan Emir Astar Wan Mohamad Khair-il Anuar, 30, anak kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur, jam 8.58 malam tadi.

Pasangan itu dinikahkan bapa kandung Mira, Badioezaman Ab Khalik. 

Pada majlis berkenaan, pihak lelaki menyerahkan mas kahwin berupa seutas gelang manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Pihak lelaki juga menyerahkan sembilan dulang hantaran dan berbalas 11 daripada pihak perempuan. 

Antara hantaran istimewa Mira kepada Emir adalah seutas jam tangan yang dihantar khas ke Hong Kong untuk proses pengukiran ‘nota pendek’ Mira kepada suami tercintanya.

Tidak hanya itu, lima daripada 11 hantaran daripada Mira dibuat sendiri neneknya yang kini berusia 81 tahun. 

Antaranya adalah kek fondant, tepak sirih, halwa dan biskut serta sirih junjung. Selain itu, kek pernikahan Mira juga dibuat oleh air tangan nenek Mira. 

Majlis pernikahan itu bertemakan Mihrab Cinta yang berkongsepkan kubah berbentuk Islamik kerana mengikut citarasa Emir memandangkan dia seorang artikek yang minat akan struktur dan ciptaan bangunan. 

Memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi, Mira berkata, walaupun sudah bergelar isteri dia akan terus menumpahkan sepenuh kecintaan terhadap kerjaya lakonannya. 

“Saya akan terus menyambung kerjaya lakonan seperti biasa dan mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peminat atas segala sokongan yang dibrikan sejak awal kerjaya saya sehingga hari ini. Doakan yang terbaik untuk saya dan Emir,” katanya.

Majlis pernikahan itu dihadiri kira-kira 250 tetamu termasuk keluarga dan kenalan rapat bagi mematuhi syarat piawaian Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Selain majlis pernikahan malam tadi, Mira bakal mengadakan dua lagi majlis resepsi di Le Meridien, Putrajaya, esok dan A-Park, Puchong, Ahad ini.

“Ketiga-tiga majlis ini saya keluarkan bajet sendiri kerana tidak mahu bergantung dengan tajaan selain memberi kepuasan berbeza. Jujur saya rasa lebih berbaloi keluarkan wang sendiri kerana saya boleh berkongsi idea dan tema yang diimpikan untuk majlis perkahwinan sekali dalam seumur hidup ini,” katanya.

Majlis pernikahan pasangan itu turut dipancarkan selama 10 minit menerusi program M Buzz di TV3 jam 9 malam tadi, manakala siaran langsung pernikahan pada jam 8.30 malam boleh disaksikan di saluran YouTube TV3.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 17 Julai lalu. – myMetro Online

Tags: isteri orangMira FilzahpernikahanWan Emir Astar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mira Filzah Hamil Cahaya Mata Sulung

21/01/2022
0

PETALING JAYA : Pelakon dan pengacara, Mira Filzah sedang hamil cahaya mata sulung. Khabar gembira tersebut dikongsikan suami tercintanya, Wan...

Kamal Adli, Uqasha Senrose Rasmi Bergelar Suami Isteri 5 November Lalu

07/12/2021
0

KUALA LUMPUR: Selepas sebulan menyimpan rahsia, akhirnya, pasangan pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose mengumumkan mereka sudah bergelar suami isteri....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd