• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Hadir Konvensyen, Penganjur Sudah Dimaklum Awal

oleh
02/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Ketidakhadiran dua pemimpin UMNO termasuk Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Konvensyen Setengah Tahun Pentadbiran Perikatan Nasional (PN) semalam sudah dimaklumkan lebih awal kepada pihak penganjur.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, beliau dan Presiden parti itu berada di Sabah ketika program berkenaan berlangsung bagi mengadakan siri pertemuan bersama jentera parti di negeri berkenaan.

“Penganjur sudah dimaklumkan awal ketidakhadiran saya dan Presiden kerana kami berada di Sabah untuk siri-siri pertemuan dan penyelarasan dengan jentera Barisan Nasional (BN) di seluruh Sabah,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Asyraf Wajdi mengulas mengenai persoalan yang timbul mengenai ketidakhadiran beliau dan Ahmad Zahid pada konvensyen yang berlangsung di Kuala Lumpur.

Malah ketidakhadiran mereka pada program itu juga menjadi tanda tanya kepada banyak pihak kerana kedua-dua pemimpin terbabit dijadualkan berucap dalam konvensyen tersebut.

Program itu dihadiri Perdana Menteri yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Ketua Pemuda PAS, Khairil Nizam Khiruddin serta Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal. – Sinar Harian

Tags: perikatan nasionalUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerjasamalah Wahai PAS-UMNO, Jangan Tamak Kerusi

Kerjasamalah Wahai PAS-UMNO, Jangan Tamak Kerusi

06/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS dan UMNO diingatkan supaya tidak tamak dalam soal pembahagian kerusi sekiranya benar-benar mahu menjayakan kerjasama politik...

UMNO-PAS Jangan Kecewakan Orang Melayu Lagi

UMNO-PAS Jangan Kecewakan Orang Melayu Lagi

05/09/2026
0

KALAU benar UMNO dan PAS mahu menghidupkan kembali penyatuan ummah buatlah betul-betul. Bercakap soal penyatuan tapi macam-macam cekadaknya. Banyak perbedaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd