• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Kes Baharu COVID-19, 1 Libatkan Kluster MV Glen

oleh
02/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Enam kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, termasuk satu kes melibatkan Kluster MV Glen di Selangor, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata dengan perkembangan itu, jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Malaysia kini sebanyak 9,360 kes manakala kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 153.

Dr Noor Hisham berkata daripada jumlah kes baharu, empat daripadanya kes import yang kesemuanya melibatkan bukan warganegara, manakala dua lagi kes adalah penularan tempatan membabitkan warga Malaysia.

“Empat kes import tersebut adalah dari Indonesia (tiga kes) dan Syria (satu kes).

“Bagi kes penularan tempatan, satu kes daripada Kluster MV Glen dan satu lagi kes saringan di tempat kerja di Pahang. Beliau tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata tiada kematian direkodkan hari ini dan jumlah maut akibat wabak itu kekal 128.

Beliau berkata terdapat empat kes COVID-19 pulih hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya adalah 9,079 kes atau 97 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Sehingga hari ini, sebanyak empat kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan tiga daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan, katanya. – BERNAMA 

Tags: Covid-19KKMKluster MV Glen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ramai Perkhidmatan Sokongan Kritikal KKM Berstatus Kontrak?

Ramai Perkhidmatan Sokongan Kritikal KKM Berstatus Kontrak?

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang Ahli Dewan Negara melahirkan kebimbangan ramai pekerja perkhidmatan sokongan kritikal di fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM)...

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan kebimbangan program yang mahu diperkenalkan Kementerian Kesihatan (KKM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd