• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1 Kematian, 14 Kes Baharu Covid-19 Dilaporkan

oleh
01/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JANGKITAN baharu Covid-19 dalam negara merekodkan 14 kes hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes keseluruhan penularan wabak itu sebanyak 9,354 kes.

Satu kematian turut direkodkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kematian akibat Covid-19 di negara ini adalah 128 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada keseluruhan kes baharu itu lima adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara membabitkan semua bukan warga negara.

“Lima kes itu adalah masing-masing satu kes dari negara Ukraine, Pakistan dan Indonesia yang dilaporkan di Selangor. Dua kes dilaporkan di Sabah iaitu mereka yang pulang dari Filipina.

“Daripada sembilan kes penularan di dalam negara, lima kes adalah dalam kalangan warga negara dan empat kes bukan warga negara.

“Di Kedah iaitu dua kes dilaporkan membabitkan Kluster Tawar dan Kluster Telaga. Di Sabah terdapat tiga kes iaitu satu kes dari Kluster Benteng Lahad Datu, satu kes Severe Acute Respiratory Infection (SARI) di Hospital Lahad Datu dan satu kes saringan tahanan di penjara. Dalam kalangan bukan warga negara juga membabitkan Kluster Benteng,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Mengenai kes kematian, beliau berkata, kes ke-9,174 membabitkan wanita tempatan berusia 80 tahun yang mempunyai latar belakang barah paru-paru dan darah tinggi.

“Beliau adalah salah satu kes positif dilaporkan pada 15 Ogos lalu dalam Kluster Tawar. Beliau mengalami demam dan sakit dada sejak 6 Ogos sebelum dimasukkan ke sebuah pusat perubatan.

“Pada 14 Ogos beliau dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang dan didapati positif Covid-19. Keadaan kesihatan beliau merosot dengan komplikasi penyakit barah justeru memerlukan bantuan pernafasan sejak 24 Ogos.

“Beliau disahkan meninggal dunia pada 10.38 pagi tadi,” katanya. 

Dr Noor Hisham berkata, sehingga kini terdapat lima kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) yang mana tiga kes memerlukan bantuan pernafasan.

Selain itu, katanya, sebanyak 21 kes yang pulih dan dibenarkan keluar wad menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 9,075 kes. – myMetro Online

Tags: Covid-19KKM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Rafidah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd