• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

10 Kes Baharu Covid-19 Hari Ini, Termasuk 8 Import

oleh
28/08/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPULUH kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), setakat 12 tengah hari, hari ini, sekali gus merekodkan 9,306 kes positif keseluruhan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 10 kes baharu itu, lapan kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara iaitu satu warganegara Malaysia dan tujuh bukan warganegara. 

Beliau berkata, lapan kes import itu membabitkan mereka yang baru pulang dari India (lima kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dua kes di Selangor) dan Filipina (satu kes di Sarawak).

“Dua kes penularan di dalam negara pula membabitkan satu kes warganegara Malaysia dan satu kes bukan warganegara. 

“Kes warganegara dikesan di Kedah adalah daripada saringan bergejala manakala kes bukan warganegara dikesan di Selangor adalah kes saringan tahanan iaitu pendatang asing tanpa izin (Pati) dari Depot Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil. 

“Sehubungan itu, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 berkurangan kepada 151 kes dan mereka sudah diasingkan serta diberi rawatan di hospital,” katanya dalam kenyataan media perkembangan Covid-19, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, sehingga kini, terdapat lapan kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan enam daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau berkata, terdapat 36 kes pulih dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes pulih meningkat kepada 9,030 kes.

Menurutnya, tiada kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian kekal 125 kes iaitu 1.37 peratus daripada jumlah keseluruhan. – myMetro Online

Tags: Covid-19KKM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd