• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

11 Kes Baharu Covid-19, 5 Daripada Kluster Tawar

oleh
25/08/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JANGKITAN Covid-19 dalam negara merekodkan 11 kes baharu, hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes keseluruhan penularan wabak itu sebanyak 9,285 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 11 kes baharu itu membabitkan sembilan kes penularan dalam negara dan dua kes import.

Beliau berkata, semua sembilan kes baharu penularan dalam negara itu dilaporkan adalah membabitkan warganegara.

“Kedah tujuh kes di laporkan hari ini, lima daripadanya Kluster Tawar, satu kes saringan pra pembedahan di Hospital Sultan Abdul Halim sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah dan satu lagi kes saringan bergejala.

“Manakala di Selangor dan Perlis masing-masing merekodkan satu kes,” katanya dalam kenyataan media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, dua kes import yang mendapat jangkitan di luar negara membabitkan satu warganegara Malaysia dan satu bukan warganegara. 

“Dua kes import itu masing-masing dari Filipina dan Indonesia,” katanya.

Katanya, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 189 kes dan mereka sudah diasingkan serta diberi rawatan. 

Dr Noor Hisham berkata, terdapat enam kes yang pulih dan dibenarkan discaj hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya adalah 8,971 kes.

Beliau berkata, lapan kes positif Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk enam kes memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, tiada kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) setakat 12 tengah hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian kekal 125 kes. – myMetro Online

Tags: Covid-19KKMkluster tawar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ramai Perkhidmatan Sokongan Kritikal KKM Berstatus Kontrak?

Ramai Perkhidmatan Sokongan Kritikal KKM Berstatus Kontrak?

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang Ahli Dewan Negara melahirkan kebimbangan ramai pekerja perkhidmatan sokongan kritikal di fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM)...

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan kebimbangan program yang mahu diperkenalkan Kementerian Kesihatan (KKM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd