• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM425.6 Juta Untuk Perumahan Generasi Baharu FELDA

oleh
24/08/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM426.5 juta diperuntukkan Kerajaan Persekutuan hingga kini untuk melaksanakan pembinaan Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata FELDA pula menyediakan RM490 juta bagi tujuan sama pada 2013 dan 2014.

“Pada 2017, kerajaan memperuntukkan RM200 juta dan RM180 juta pada 2019, malah melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang diumumkan baru-baru ini, sebanyak RM46.5 juta disediakan.

“Daripada RM46.5 juta menerusi peruntukan PRIHATIN, RM19 juta atau kira-kira 41 peratus adalah untuk Kerteh 5 bagi menyiapkan projek yang terbengkalai, secara berfasa.

“Fasa pertama membabitkan 110 rumah dan fasa kedua ialah 190 rumah. Fasa pertama dijadualkan siap pada suku pertama tahun depan, manakala fasa kedua akan diteruskan selepas keseluruhan 110 unit rumah fasa pertama habis dijual.

“Pembiayaan bagi fasa kedua adalah daripada hasil jualan fasa pertama,” katanya pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan, di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Che Alias Hamid (PAS-Kemaman) mengenai perincian status terkini rumah PGBF yang terbengkalai di FELDA Kerteh 5, Kemaman.

Mustapa berkata, tumpuan FELDA ketika ini adalah menyiapkan 20 tapak projek yang mengandungi 4,794 unit dengan kemajuan kerja melebihi 70 peratus.

“Untuk makluman, daripada 8,314 rumah di atas 38 tapak projek yang dirancang, sebanyak 2,358 rumah siap dibina. Daripada jumlah itu, sebanyak 1,603 rumah sudah diserahkan kunci kepada peserta,” katanya. – BH Online

Tags: perumahan generasi baharu FELDAPGBF
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sentuhan Tok Pa Menyelamatkan Projek PGBF

11/03/2021
0

KISAH kegagalan projek Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF) bukan perkara baru. Sejak tahun 2013. Kerajaan ketika itu mengumumkan akan membina...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd