• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Maafkan Kami Atas Kesilapan Jalur Gemilang Terbalik”

oleh
24/08/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KDEB Waste Management Sdn Bhd memohon maaf berhubung isu Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada lori oleh subkontraktor syarikat sehingga tular di media sosial, hari ini.

Pengarah Urusannya, Ramli Mohd Tahir berkata, pihaknya memandang serius sekali gus amat kesal dengan insiden terbabit.

Menurutnya, syarikat berkenaan memohon maaf di atas insiden yang berlaku.

“Kami ingin memaklumkan bahawa kejadian yang berlaku itu tidak disengajakan sama sekali.

“Tindakan lanjut akan diambil terhadap pemandu subkontraktor yang terbabit atas kecuaian mereka yang tidak cermat ketika memasang bendera (Jalur Gemilang) itu,” katanya dalam kenyataan di Facebook syarikat terbabit, hari ini.

Ramli berkata, semua pekerja KDEB Waste Management sentiasa menjunjung tinggi dan menghormati bendera negara, malah tidak akan berkompromi dengan sebarang perilaku tidak sepatutnya.

Terdahulu, satu video tular di media sosial memaparkan seorang individu menegur pemandu lori KDEB Waste Management selepas dia mendapati bendera yang dipasang di hadapan lori itu terbalik.

Malah, pemandu terbabit memberi alasan bendera itu tersalah pasang oleh pekerja warga Bangladesh. – myMetro Online

Tags: jalur gemilang terbalikKDEB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 50,000 Tan Sisa Banjir Dikeluarkan, Dilupuskan

08/01/2022
0

PUTRAJAYA: Hampir 50,000 tan sisa banjir dapat dikeluarkan dan diuruskan pelupusannya di seluruh Selangor. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk...

Polis Siasat Balai Pasang Jalur Gemilang Terbalik

21/09/2020
0

BAGAN SERAI - Polis sedang menjalankan siasatan mengenai Jalur Gemilang yang dipasang secara terbalik di Balai Polis Simpang Lima, Parit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd