• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seorang Lagi Penguat Kuasa MBSA Diberkas SPRM

oleh
13/08/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Susulan pendedahan mengenai aktiviti perjudian dan penjualan rokok seludup di Sungai Buloh, seorang lagi penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) diberkas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam tadi.

Dia ditahan selepas dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, jam 9.30 malam tadi.

Lelaki berusia 38 tahun yang memegang jawatan sebagai Penolong Pegawai Penguatkuasa MBSA itu dipercayai terlibat dalam aktiviti suapan di kawasan berkenaan.

Justeru SPRM memohon perintah tahanan reman terhadap lelaki tersebut di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

Majistret, Shah Wira Abdul Halim membenarkan permohonan SPRM dengan mengeluarkan perintah tahanan reman selama tujuh hari bermula hari ini.

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Terdahulu lelaki itu yang memakai baju lokap SPRM dan bergari tiba di pekarangan mahkamah pada jam 8.40 pagi.

Semalam, empat penguat kuasa MBSA dan seorang penjual rokok seludup berbangsa Aceh direman tujuh hari bagi membantu siasatan selepas dipercayai mengutip dan menerima suapan RM300 hingga RM3,500 sebulan daripada beberapa peniaga tersebut.

Wang suapan itu dikatakan untuk melindungi premis haram daripada diambil tindakan.

Selain berperanan melindungi premis tertentu, ada di antara mereka didakwa berperanan sebagai pengkhianat dengan membocorkan maklumat berhubung operasi-operasi yang akan dilaksanakan.

Ia menyebabkan setiap operasi yang dijalankan gagal dan diketahui awal oleh peniaga-peniaga haram. – Sinar Harian

Tags: MBSArasuahSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam bertajuk 'Amanah Membina Maruah Ummah' membangkitkan...

Akmal Saleh Kemuka Saman Fitnah Dituduh Rasuah, Ekstremis

Akmal Saleh Kemuka Saman Fitnah Dituduh Rasuah, Ekstremis

01/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh akan mengemukakan saman fitnah terhadap seorang tokoh politik DAP...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd