• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Jangka Ada Tangkapan Lagi Susulan Kes Sungai Buloh

oleh
11/08/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjangkakan beberapa tangkapan lagi dibuat susulan kes perjudian dan penjualan rokok haram di Sungai Buloh, Selangor.

Bagaimanapun, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki tidak mendedahkan agensi penguat kuasa yang berkemungkinan ditahan itu.

“Saya jangka ada lagi tangkapan dan saya ucap terima kasih kepada pemberi maklumat yang berani tampil.

“Saya minta semua sabar dan di peringkat kami akan menjalankan penguatkuasaan di bawah bidang kuasa kami,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Program SPRM PUBG Mobile i-Challenge di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, di sini hari ini.

Azam berkata demikian susulan pihaknya menahan tiga pegawai Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang dipercayai melindungi premis-premis perniagaan tanpa lesen di Sungai Buloh, Selangor.

Menjawab pertanyaan sama ada terdapat kawasan lain yang turut didedahkan berkaitan kegiatan sedemikian, beliau berkata, perkara itu tidak dinafikan.

“Saya tak nafikan yang kami terima maklumat dari seluruh negara berhubung kawasan perjudian atau rumah urut dan sebagainya yang dilindungi pihak berkuasa. Dalam kita nak siasat rasuah ini, kita perlukan bukti dan keterangan saksi,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga ingin menyatakan bahawa SPRM sentiasa bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mengenal pasti kawasan terlibat.

“Mana-mana yang berada di bawah bidang kuasa polis, kita serahkan kepada polis untuk tindakan. Untuk kami, kami melihat dalam isu rasuah sahaja,” katanya. – Sinar Harian

Tags: rasuahSPRMsungai buloh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd