• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Tubuh Parti Baharu

oleh
07/08/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEKAS Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan penubuhan parti baharu hari ini. 

Dr Mahathir berkata, parti baru ini akan mendokong dasar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) seperti mana di awal penubuhannya dulu. 

“Bukan niat kami nak banyak sangat parti politik Melayu. Sudah ada UMNO, PAS dan Bersatu. 

“Parti ini ditubuhkan atas semangat Melayu dan akan bersifat inklusif dan moderat, berpegang pada janji, ikhlas dan berprinsip,” katanya.

Pengumuman berkenaan dibuat pada satu sidang media di Yayasan Al Bukhary di Kuala Lumpur, hari ini. 

Hadir sama Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Dr Maszlee Malik serta Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah dan Ahli Parlimen Sri Gading Datuk Dr Shahruddin Md Salleh. 

Mei lalu, Dr Mahathir Mohamad bersama empat lagi digugurkan keahlian mereka daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Mereka yang lain ialah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Dr Maszlee Malik serta Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Ir Amiruddin Hamzah. 

Keahlian kelima-lima mereka digugurkan atas alasan duduk di bangku pembangkang ketika persidangan pembukaan Dewan Rakyat pada 18 Mei lalu. – myMetro Online

Tags: Mahathir Mohamadparti politik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Parti Politik Mampu Biayai Parti Dengan Dana Sendiri – Muhyiddin

Tiada Parti Politik Mampu Biayai Parti Dengan Dana Sendiri – Muhyiddin

12/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal bertegas bahawa tiada mana-mana parti politik di negara ini mampu...

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd