• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ukur Suhu Badan Di Dahi Jamin Ketepatan

oleh
07/08/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Alat pengukur suhu badan harus digunakan di dahi bagi menjamin ketepatan bacaan, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. 

Beliau berkata menggunakan alat pengukur suhu badan di tempat lain selain dahi boleh menyebabkan ketepatan bacaan suhu diragui.  

“Orang ramai perlu patuh kepada cara  penggunaan alat mengukur suhu badan iaitu dengan menggunakannya di dahi bagi memastikan ketepatan bacaan suhu,” katanya pada sidang media perkembangan COVID-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia di sini.

Dr Noor Hisham berkata, setakat ini belum ada laporan diterima mengenai kesan sampingan (penggunaan pengukur suhu badan di dahi) walaupun ada kebimbangan dalam kalangan masyarakat berhubung penggunaan peralatan berkenaan. 

“Tidak ada bukti saintifik mengatakan (penggunaan pengukur suhu badan di dahi)  boleh sebabkan penyakit lain,” jelasnya apabila ditanya mengenai tindakan segelintir pihak menggunakan alat pengukur suhu badan di tangan. 

Mengulas mengenai kajian pelitup muka guna semula bagi pelajar sekolah, beliau menjelaskan pihaknya telah bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi menghasilkan pelitup muka fabrik yang boleh dibasuh.

“Sebagai contoh setiap pelajar diberi fabric face mask, satu pakai dan satu lagi dicuci. Itu  adalah konsep. Kalau  kita boleh dapatkan cukup pelitup muka fabrik itu ,mungkin satu cara kita boleh galakkan rakyat Malaysia pakai pelitup muka,” kata Dr Noor Hisham yang turut memaklumkan terdapat satu NGO telah tampil untuk menderma sejuta pelitup muka fabrik.

Dalam pada itu, beliau menegaskan pelitup muka fabrik mesti mempunyai tiga lapisan seperti mana disyorkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Pelitup muka yang kain satu lapisan, KKM tidak galakkan langsung,” katanya. – BERNAMA

Tags: alat pengukurKKMsuhu badan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd