• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Lagi Positif Covid-19 Dari Kluster Sivagangga

oleh
05/08/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan tiga lagi individu positif Covid-19 menerusi kluster Sivagangga menjadikan jumlah keseluruhan 24 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiga individu berkenaan dikesan positif hari ini adalah generasi kedua kontak rapat kes dari kluster berkenaan dan kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah. 

Beliau berkata, dua daripada individu berkenaan adalah adik beradik yang juga anak kepada individu kes ke 9,000 iaitu pelanggan tetap sebuah restoran nasi kandar di Napoh, Kedah.

“Seorang daripada anak beliau mengalami gejala saluran pernafasan pada 30 Julai lalu namun tidak mendapatkan rawatan di mana-mana fasiliti kesihatan.

“Kes ketiga pula adalah kontak rapat kepada kes ke 8,976 dikesan mengalami gejala demam serta saluran pernafasan pada Ahad lalu dan sudah mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Taman Selasih, Kulim,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, sehingga jam 12 tengah hari ini, seramai 1,647 orang sudah disaring dalam kluster berkenaan dengan jumlah keseluruhan 24 positif manakala 754 negatif.

Katanya, 869 individu masih menunggu keputusan saringan dan mereka yang positif masing-masing membabitkan 19 warganegara manakala lima lagi bukan warganegara.

“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak menyebarkan mesej palsu mengenai lokasi yang dikunjungi pesakit ketiga kerana ia adalah tidak tepat dan tindakan pengesanan kes secara aktif akan diteruskan,” katanya.

Kluster Sivagangga bermula daripada seorang pemastautin tetap yang juga pemilik sebuah restoran nasi kandar di Napoh pulang ke Malaysia dari Sivagangga di India pada 13 Julai dan saringan Covid-19 di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didapati negatif.

Individu berkenaan diarah menjalani perintah kuarantin di rumah tetapi tidak mematuhi perintah berkenaan namun sebelum saringan ulangan didapati positif dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah. – myMetro Online

Tags: Covid-19KKMkluster sivagangga
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Agong Titah Rakyat Malaysia Di Beirut Kekal Waspada

Next Post

Beirut Darurat 2 Minggu, Angka Korban Kini 135 Orang

Related Posts

Laporan Cadangan Haramkan Vape Sedang Dilengkapkan – Dzulkefly

Laporan Cadangan Haramkan Vape Sedang Dilengkapkan – Dzulkefly

21/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Laporan terperinci berhubung cadangan pengharaman rokok elektronik atau vape sedang dilengkapkan jawatankuasa kepakaran Kementerian Kesihatan (KKM), kata menteri...

Pelaksanaan Inisiatif Pemaparan Harga Ubat Diteruskan Mulai 1 Ogos

Pelaksanaan Inisiatif Pemaparan Harga Ubat Diteruskan Mulai 1 Ogos

03/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan meneruskan pelaksanaan inisiatif pemaparan...

Next Post

Beirut Darurat 2 Minggu, Angka Korban Kini 135 Orang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd