• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

21 Kes Baharu Covid-19, 15 Adalah Kes Import

oleh
05/08/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MALAYSIA mencatatkan 21 kes baharu positif Covid-19 sehingga jam 12 tengah hari ini dengan jumlah keseluruhan 9,023 kes. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 15 daripadanya adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara membabitkan rakyat Malaysia.

Menurutnya, semua individu yang disahkan positif itu sudah diasingkan untuk pengawasan dan rawatan lanjut dengan jumlah kumulatif kes aktif sebanyak 196 kes.

“Bagi enam kes penularan dalam negeri membabitkan tiga individu dari kluster Sivagangga, dua kes di Sabah selain satu kes pra pembedahan dilaporkan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

“Sehingga kini hanya dua kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) namun tidak memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dr Noor Hisham memaklumkan, 15 kes import yang dilaporkan pada hari ini mendapat jangkitan dari luar negara selepas mereka pulang dari Yaman, Papua New Guinea, Ivory Coast dan United Kingdom.

Katanya, semua kes import ini di Kuala Lumpur dan mereka diasingkan di pusat kuarantin selepas tiba Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang agar tidak membawa risiko jangkitan kepada masyarakat setempat. 

“Implementasi kawalan sempadan antarabangsa yang ketat adalah penting bagi mengelakkan berlakunya penularan dalam negara bagi jangkitan yang berpunca dari luar negara,” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19KKM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd