• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penerima BR1M Boleh Tuntut Secara Tunai Di Cawangan BSN

oleh Ahmad Albab
06/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang mengalami masalah pengkreditan secara terus ke akaun bank masing-masing boleh menuntut secara tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong berkata terdapat beberapa kesilapan ketika mengisi borang permohonan seperti nombor akaun bank yang tidak tepat, yang menyebabkan proses pengkreditan secara terus ke akaun bank penerima mengalami kesulitan.

“Kerajaan telah mengedarkan surat kepada penerima BR1M terbabit bagi memaklumkan mereka perihal masalah tersebut,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Tahunan Hartanah Malaysia di sini hari ini.

Surat itu turut menyertakan kaedah alternatif bagi menuntut BR1M iaitu melalui pembayaran secara tunai di cawangan BSN dan juga terdapat sebuah keratan di bawah surat bagi kegunaan pihak BSN.

Namun demikian, Chua berkata terdapat kekeliruan kerana setakat ini kerajaan telah menerima lebih daripada 100 kiriman keratan surat tersebut yang sepatutnya tidak perlu dihantar kepada kerajaan.

“Kerajaan sedang mengumpulkan maklumat yang berkaitan dan kami akan menghubungi penerima yang terlibat ini bagi merungkaikan kekeliruan tuntutan.

“Satu senarai yang meliputi butir-butir diri mereka akan turut diedarkan kepada pihak BSN agar penerima ini boleh menunaikan BR1M dengan hanya membawa kad pengenalan ke mana-mana cawangan bank tersebut,” kata Chua.

Beliau turut menggesa agar penerima BR1M yang telah silap menyatakan nombor akaun bank agar melakukan pembetulan dalam tempoh rayuan yang ditetapkan sehingga 31 Mac 2015.

Katanya pembetulan tersebut adalah penting bagi memudahkan tuntutan berikutnya kerana pembayaran BR1M dilakukan secara tiga peringkat.

Selain itu, beliau turut menyatakan rakyat Malaysia yang layak untuk menerima BR1M tetapi masih belum memohon, boleh berbuat demikian dalam tempoh rayuan tersebut. – BERNAMA

Tags: BR1M
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Najib Berhak Mentadbir Malaysia Lagi Sekali

15/12/2020
0

INGAT Klinik Rakyat 1Malaysia pun dah cukup la… Itu baru satu contoh betapa Najib dahulu amat pentingkan kebajikan rakyat…. Cuma...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd