• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

COVID-19: KPM Bincang Jika Perlu Tutup Sekolah

oleh
04/08/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM), melalui pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), akan berbincang bersama pihak berkaitan jika terdapat keperluan menutup sekolah bagi mencegah penularan COVID-19 di kawasan yang terlibat, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin berkata di peringkat negeri, KPM akan memantau perkembangan sesi persekolahan melalui JPN dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), dan pengarah JPN ialah ahli dalam Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPPN).

“Selepas pengumuman pelaksanaan kawalan pergerakan antara bahagian di negeri Sarawak pada 29 Julai lalu, JPPN Sarawak dengan persetujuan KPM telah memutuskan untuk menangguh pembukaan semula 213 buah sekolah di daerah Kuching.

“Ini melibatkan 87 buah sekolah di bawah PPD Kuching, 99 sekolah (PPD Padawan), dan 27 sekolah (PPD Samarahan). Pembukaan semula sekolah yang diumumkan pada 3 Ogos lalu telah ditangguh ke 17 Ogos.

“Bagaimanapun, kelas bagi prasekolah, Tingkatan 5 dan 6 beroperasi seperti biasa di ketiga-tiga PPD tersebut,” katanya menjawab pertanyaan Teo Nie Ching (PH-Kulai) pada sesi soal jawab yang ingin tahu jika KPM merancang untuk menutup sekolah di Zon Merah COVID-19, seperti Kuching, Sarawak.

Bagi negeri Kedah pula, Radzi berkata kerajaan negeri telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasardi empat mukim iaitu Mukim Ah, Mukim Hosba, Mukim Binjal dan Mukim Padang Serai bermula 2 Ogos.

Berikutan itu, beliau berkata JPPN Kedah dengan persetujuan KPM telah memutuskan untuk tutup empat buah sekolah di bawah PPD Kubang Pasu, sebuah sekolah di PPD Padang Terap bermula 2 Ogos hingga 29 Ogos.

Menjawab soalan tambahan Teo sekiranya KPM bercadang menutup sekolah di Sabah susulan terdapat kes positif dalam kalangan murid di negeri itu, Radzi berkata perkara itu akan dilihat mengikut kes.

“Jika ada keperluan untuk menutup sekolah tersebut, kami di KPM, berdasarkan nasihat daripada profesional di KKM dan MKN serta kerajaan negeri (akan) berbincang (dan) kita bersedia (untuk tutup sekolah).

“Setiap kes yang berlaku berbeza, seperti di Sarawak banyak sekolah (dengan) lebih 200 buah sekolah ditutup tetapi di Kedah kita tutup lima sekolah berdasarkan kes yang ada dan berdasarkan risiko dan cara menangani risiko tersebut,” katanya. – BERNAMA

Tags: Covid-19KPMSekolah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

11/05/2026
0

SHAH ALAM - Satu surat didakwa dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak membenarkan sekolah di bawah pentadbiran institusi...

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

28/04/2026
0

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun meneruskan tugas rasmi beliau walaupun berdepan dakwaan kehilangan sokongan majoriti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd