• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Moratorium, Bantuan Bank Bersasar Dilanjutkan 3 Bulan

oleh
29/07/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KERAJAAN melanjutkan moratorium dan bantuan bank bersasar selama tiga bulan, khusus untuk golongan yang benar-benar memerlukan dan masih terjejas akibat penularan pandemik Covid-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keutamaan pemberian lanjutan moratorium dan bantuan bank bersasar itu akan diberi kepada individu kehilangan pekerjaan dan mereka yang terjejas pendapatan akibat penularan pandemik Covid-19.

“Ramai mengharap agar moratorium ini dilanjutkan, oleh itu saya telah berbincang dengan Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Negara untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah dihadapi oleh sebahagian daripada saudara saudari yang masih memerlukan bantuan selepas tempoh moratorium berakhir September ini.

“Saya dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa kerajaan Perikatan Nasional telah bersetuju untuk melaksanakan lanjutan moratorium dan bantuan bank bersasar yang lebih berfokus untuk golongan benar-benar memerlukan,” katanya pada Perutusan Khas beliau yang disiarkan secara langsung di televisyen dan media sosial, hari ini.

Lebih terperinci, lanjutan moratorium dan bantuan bank bersasar membabitkan dua golongan sasaran, iaitu individu yang kehilangan pekerjaan dan individu yang masih bekerja tetapi gaji mereka terjejas atau berkurangan akibat penularan Covid-19.

Pertama, Muhyiddin berkata, bagi mereka yang hilang pekerjaan dan masih belum mendapat pekerjaan baharu akan menikmati moratorium lanjutan untuk tempoh tiga bulan selepas September ini dan dan bank boleh melanjutkan tempoh itu bergantung pada situasi individu masing-masing.

Kedua, katanya, bagi individu yang masih bekerja tetapi gaji mereka terjejas atau berkurangan akibat Covid-19, pembayaran ansuran (pinjaman) bulanan akan dikurangkan selaras dan kadar pengurangan gaji bergantung kepada jenis pinjaman.

“Contohnya, bagi pinjaman perumahan atau pinjaman peribadi, bayaran ansuran bulanan akan dikurangkan pada kadar yang sama dengan pengurangan gaji. 

“Bantuan ini adalah untuk tempoh sekurang-kurangnya enam bulan dan lanjutan boleh diberikan tertakluk kepada keadaan gaji semasa individu yang berkenaan,” katanya. 

Di samping itu, beliau berkata, bank juga memberikan komitmen untuk membantu semua peminjam individu dan Perusahaan Kecil dan Sederhana, baik peniaga penjaja atau mereka bekerja sendiri yang turut terkesan akibat pandemik Covid-19.

Isnin lalu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dipeti sebagai berkata, nilai moratorium yang diberi setakat 20 Julai mencecah RM59 bilion dan secara keseluruhannya, moratorium itu memberi manfaat kepada 7.7 juta rakyat yang merangkumi 93 peratus peminjam individu.

Beliau berkata, penangguhan pembayaran balik pinjaman atau pembiayaan yang berkuat kuasa pada 1 April itu sebahagian langkah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang bertujuan menguruskan kesan Covid-19.

Tujuan moratorium itu, yang menjadi matlamat ketiga PRIHATIN (memperkukuh ekonomi), adalah membantu meringankan beban rakyat dan perniagaan dalam tempoh enam bulan dan ia akan berakhir pada September 2020, katanya.

Justeru, bank kini mula mendapatkan kerjasama daripada peminjam untuk pendekatan yang lebih bersasar.

Tengku Zafrul juga dilaporkan berkata, bagi tempoh enam bulan moratorium yang diberikan secara keseluruhan, jumlah kerugian dianggarkan mencecah RM6.4 bilion yang bersamaan dengan pengurangan kapasiti bank itu sendiri untuk memberi pinjaman baharu sebanyak RM79 bilion,

Bagi tempoh enam bulan moratorium, jumlah kerugian dianggarkan mencecah RM6.4 bilion manakala sistem perbankan negara dianggarkan mengalami kerugian sebanyak RM1.06 bilion setiap bulan tempoh moratorium yang dilanjutkan mengikut Standard Pelaporan Kewangan Malaysia (MFRS) 9. – myMetro Online

Tags: moratoriumpandemik COVID-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng mencadangkan kerajaan melaksanakan moratorium pembayaran faedah pinjaman bank sehingga akhir tahun...

Tiga Bank Setuju Beri Moratorium Kepada Mangsa Banjir – PM

Tiga Bank Setuju Beri Moratorium Kepada Mangsa Banjir – PM

07/03/2023
0

Kuala Lumpur : Tiga buah bank bersetuju untuk memberikan moratorium sehingga enam bulan kepada mangsa banjir di Johor. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd