• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Boleh Melebihi 20 Orang Satu Rumah Ketika Aidiladha

oleh
27/07/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SAMBUTAN perayaan Aidiladha di rumah dihadkan tidak melebihi 20 orang pada satu-satu masa. 

Keputusan prosedur operasi standard (SOP) Aidiladha dan Ibadah Korban itu diumumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Perdana Putra, Putrajaya, hari ini. 

Beliau berkata, selain itu kerajaan memutuskan mengehadkan tidak lebih 10 ekor haiwan korban bagi masjid dan surau, termasuk lokasi korban yang dibenarkan oleh Pejabat Agama Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan.

“Had ini tertakluk kepada keluasan lokasi korban dan kerajaan menggalakkan supaya ibadah Korban dilakukan di 28 rumah penyembelihan di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan 31 rumah penyembelihan Ruminan Swasta yang dilesenkan,” katanya. 

Ismail Sabri berkata, jumlah kehadiran orang ramai ketika ibadah korban mengikut 20 orang untuk setiap ekor haiwan.

“Nisbah 20 orang untuk seekor haiwan, kalau ada lima ekor haiwan (untuk disembelih) bermakna 100 orang termasuk tukang sembelih dan melapah. 

“Jamuan makan dan kenduri di tapak korban adalah tidak dibenarkan kecuali makanan dibungkus,” katanya. 

Beliau berkata, waktu ibadah korban di masjid dan surau hanya boleh diadakan selama empat hari termasuk hari pertama sambutan Aidiladha, selepas solat Sunat Aidiladha dan tiga hari Tasyrik.

“Bagaimanapun, mengambil kira Aidiladha jatuh pada hari Jumaat, ibadah korban digalakkan untuk dilakukan pada hari kedua, ketiga dan keempat,” katanya. 

Beliau turut menegaskan, individu yang masih dalam proses kuarantin wajib di rumah dilarang sama sekali untuk keluar dari rumah termasuk pulang ke kampung ataupun menunaikan Solat Sunat Aidiladha serta tidak boleh menerima tetamu.

“Jika individu yang memakai wristband kuarantin melanggar peraturan yang ditetapkan, orang ramai diminta untuk melaporkan kepada polis.

“SOP ini terpakai di Wilayah Persekutuan dan boleh diguna pakai oleh Majlis Agama Negeri sebagai rujukan,” katanya. – myMetro Online

Tags: hari raya aidiladhaibadah korban
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menyeru masyarakat menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim...

Netizen Teruja Lihat Kemesraan Keluarga Diraja Johor Sambut Aidiladha

Netizen Teruja Lihat Kemesraan Keluarga Diraja Johor Sambut Aidiladha

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Perkongsian gambar Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menyambut Hari Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd