• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

16 Kes Baharu Covid-19 Termasuk 8 Kes Import

oleh
22/07/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 16 kes baharu COVID-19 dicatatkan hari ini dengan separuh daripadanya adalah kes import, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 meningkat kepada 142 kes.

Justeru, katanya, pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 sebanyak 8,831 kes.

Bagaimanapun, tiada kematian dicatatkan hari ini dengan menjadikan jumlah maut akibat wabak itu kekal 123 kes, katanya dalam kenyataan media harian COVID-19, di sini, hari ini.

“Daripada 16 kes baharu dilaporkan, lapan adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan empat rakyat Malaysia dan empat bukan warganegara yang merupakan pemastautin tetap atau dibenarkan masuk ke Malaysia atas urusan kerja,” katanya.

Lapan orang itu pulang atau datang dari India, Rusia, Arab Saudi, China, Indonesia dan Korea.

Beliau berkata daripada lapan kes penularan dalam negara itu, tujuh kes adalah dalam kalangan warga tempatan dan satu kes adalah bukan warganegara iaitu kes saringan untuk berlepas ke luar negara, tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh, Selangor.

Dr Noor Hisham berkata bagi tujuh kes penularan COVID-19 tempatan melibatkan warganegara, kesemuanya adalah di Sarawak dengan tiga kes daripada Kluster Stutong.

“Satu kes melibatkan Kluster Sentosa dan satu kes membabitkan pesakit dalam siasatan Kluster PUI (pesakit dalam siasatan) Melbourne,” katanya.

Manakala, satu kes saringan kontak rapat iaitu ahli keluarga kepada kes positif COVID-19 (kes ke-8695) dan satu kes lagi melibatkan saringan kembali bertugas di sekolah, tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak, jelas Dr Noor Hisham.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan terdapat empat kes pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,566 kes (96.9 peratus).

Sementara itu, beliau berkata sehingga kini hanya lima kes positif wabak itu sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan satu kes memerlukan bantuan pernafasan. – BERNAMA

Tags: Covid-19CPRCKKM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Ramai Perkhidmatan Sokongan Kritikal KKM Berstatus Kontrak?

Ramai Perkhidmatan Sokongan Kritikal KKM Berstatus Kontrak?

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang Ahli Dewan Negara melahirkan kebimbangan ramai pekerja perkhidmatan sokongan kritikal di fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd