• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Editor Buku Hina Jata Negara Berada Di Australia

oleh
21/07/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Editor buku ‘Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia’, Kean Wong, yang gambar kulit buku terbabit didakwa menghina Jata Negara, dikesan berada di Australia.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Superintenden Mior Faridalathrash Wahid berkata, berdasarkan siasatan, Wong menyambut perayaan Tahun Baharu Cina di Malaysia bersama keluarganya pada awal tahun ini sebelum kembali semula ke Australia pada hujung Januari lalu.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat, peguam Wong memaklumkan penyunting buku itu memegang status Pemastautin Tetap (PR) Australia sejak lebih 10 tahun lalu.

“Kami sedang menunggu maklum balas daripada Wong menerusi peguamnya berhubung siasatan buku berkenaan,” katanya ringkas kepada Bernama.

Mior Faridalathrash berkata, lapan penulis buku itu serta pereka grafik, pelukis muka hadapan serta penasihat jualan sudah dirakam keterangan dan pihaknya turut mendapatkan pandangan dua pakar sejarah berhubung isu membabitkan buku tersebut.

Katanya, setakat ini siasatan kes menghina Jata Negara masih dijalankan dan hasil siasatan akan diserahkan kepada pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama 2016, Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 8(1) Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – BERNAMA

Tags: editor bukujata negara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KTMB Sedia Tren ETS Tambahan Sempena Deepavali

Hina Jata Negara: Bukit Aman Sahkan Editor Buku Kontroversi Ditahan

16/10/2023
0

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan penahanan editor buku kontroversi berjudul “Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia”,...

Editor Buku Hina Jata Negara Lari Ke Luar Negara

17/07/2020
0

KUALA LUMPUR - Editor buku Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia yang gambar kulit bukunya didakwa menghina Jata...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd