• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Baharu Covid-19 Melonjak 21 Kes

oleh
20/07/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JANGKITAN baharu Covid-19 dalam negara merekodkan 21 kes hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes keseluruhan penularan wabak itu sebanyak 8,800 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 21 kes baharu itu, enam kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara membabitkan empat warga Malaysia dan dua bukan warganegara yang dibenarkan masuk ke Malaysia atas urusan kerja.

“Enam kes import itu adalah tiga dari Filipina, satu dari India, satu dari Rusia dan satu dari Denmark.

“Daripada 15 kes penularan di dalam negara, 13 kes membabitkan warga Malaysia dan dua kes dalam kalangan bukan warganegara,” katanya dalam kenyataan media berkaitan Covid-19, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, perincian kes penularan Covid-19 dalam negara dalam kalangan warga Malaysia adalah 13 kes berkaitan 12 kes daripada Kluster Rumah Warga Emas Kluang di Johor.

“Manakala satu kes saringan pra pembedahan di sebuah pusat perubatan. Beliau dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

“Bagi kes jangkitan dalam negara untuk dua kes dalam kalangan bukan warga pula adalah dua kes di Johor berkaitan kes saringan prapembedahan dan satu kes daripada Kluster Rumah Warga Emas Kluang,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, daripada keseluruhan jumlah kumulatif Covid-19 di Malaysia, kes aktif dan kebolehjangkitan sebanyak 122 kes.

“Sehingga kini, hanya tiga kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan satu daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

“Tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini, justeru jumlah kumulatif kes kematian dalam negara kekal sebanyak 123 kes, 1.40 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19KKM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Ramai Perkhidmatan Sokongan Kritikal KKM Berstatus Kontrak?

Ramai Perkhidmatan Sokongan Kritikal KKM Berstatus Kontrak?

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang Ahli Dewan Negara melahirkan kebimbangan ramai pekerja perkhidmatan sokongan kritikal di fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd