• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ADUN Slim Meninggal Dunia

oleh
15/07/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim yang juga Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal dunia di Bentong, Pahang, petang ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Saarani Mohamad ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu, namun berkata beliau tidak mempunyai maklumat lanjut. 

“Jenazah sekarang berada di Hospital Bentong dan saya dalam perjalanan ke sana,” katanya.

Menurutnya berdasarkan maklumat yang diperoleh, Mohd Khusairi, 59, tiba-tiba rebah ketika bermain golf di Awana Genting Highlands Golf & Country Resort. 

Terdahulu, berita kematian ADUN itu dikongsikan menerusi laman media sosial pemimpin UMNO negeri dan pusat.

Sementara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata Mohd Khusairi meninggal dunia akibat serangan jantung. 

Katanya beliau bagi pihak seluruh rakyat dan anggota pentadbiran kerajaan negeri merakamkan ucapan takziah kepada keluarga arwah Mohd Khusairi dan menyifatkan kehilangan ADUN Slim itu sebagai satu kehilangan besar kepada Perak dan rakyat di kawasan DUN Slim serta UMNO Tanjung Malim.

“Saya juga telah kehilangan seorang sahabat yang saya anggap sebagai saudara kandung sendiri.

“Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya, dihimpunkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh serta dikurniakan sebaik-baik ganjaran syurga. Semoga ahli keluarga Allahyarham tabah menghadapi ujian ini,” katanya dalam kenyataan di sini.

Ucapan takziah turut dizahirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Setiausaha Agung UMNO yang juga Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan melalui hantaran menerusi laman Facebook serta Twitter masing-masing. – BERNAMA

Tags: ADUN Slimmeninggal duniaumno perak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kematian Dicemburi, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dalam Sujud Di Surau

Kematian Dicemburi, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dalam Sujud Di Surau

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub SUNGAI PETANI – Seorang lelaki warga emas meninggal dunia dalam keadaan sujud ketika menunaikan solat sunat di Surau...

Chuck Norris Meninggal Dunia Pada Usia 86 Tahun

Chuck Norris Meninggal Dunia Pada Usia 86 Tahun

21/03/2026
0

HOLLYWOOD, 21 Mac 2026 – Dunia hiburan antarabangsa dikejutkan dengan berita pemergian legenda seni mempertahankan diri dan pelakon terkenal, Chuck...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd