• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Kes Baharu COVID-19, 4 Penularan Tempatan

oleh
15/07/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak lima kes COVID-19 baharu dilaporkan hari ini dengan empat daripadanya membabitkan kes penularan tempatan manakala satu lagi kes import.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, dengan penambahan kes baharu itu, jumlah kumulatif kes di Malaysia kini sebanyak 8,734, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 86 kes.

Katanya, kes import tersebut melibatkan seorang warga asing yang dibenarkan masuk ke Malaysia atas urusan kerja.

“Bagi kes penularan dalam negara, satu melibatkan bukan warganegara iaitu kes saringan bergejala di Kuching, Sarawak dan pesakit telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan.

“Tiga lagi kes, melibatkan warganegara iaitu satu kes saringan prapembedahan di Hospital Sungai Buloh, Selangor manakala dua lagi masing-masing di Sarawak, membabitkan kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 (kes ke-8,732) dan satu kes saringan petugas kesihatan di sebuah pusat perubatan,” katanya dalam kenyataan.

Dr Noor Hisham berkata hari ini juga tiada kes kematian direkodkan, dengan jumlah keseluruhan maut akibat wabak itu kekal 122 kes atau 1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Katanya, dua kes pulih direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya sebanyak 8,526 kes atau 97.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Selain itu, katanya terdapat lima kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan satu daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. – BERNAMA

Tags: Covid-19KKMpenularan tempatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd