• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Tingkatan 1 Hingga 4, Murid Tahun 5, 6 Kembali Ke Sekolah

oleh
15/07/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hampir empat bulan tidak menjejakkan kaki ke sekolah, kini giliran pelajar Tingkatan Satu hingga Empat, murid Tahun Lima dan Enam serta pelajar kelas peralihan pula kembali ke sesi persekolahan hari ini.

Susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat ancaman pandemik COVID-19 pada Mac lepas, semua pelajar di peringkat sekolah rendah dan menengah hanya menggunakan pendekatan ‘Home-Based Learning’  bagi meneruskan pembelajaran.

Mengambil maklum kekangan dihadapi oleh pelajar, ibu bapa dan guru semasa pelaksanaan pembelajaran dalam talian itu, keputusan pembukaan sekolah diumumkan oleh Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Mohd Radzi Md Jidin dilihat tepat pada masanya bagi memastikan motivasi pelajar mengikuti pengajaran dan pembelajaran di sekolah dapat ditingkatkan.

Namun, pihak sekolah dan pelajar perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerana penularan wabak COVID-19 masih ada dalam komuniti dan setiap orang perlu membiasakan diri dengan kebiasaan baharu.   

Sementara itu, pembukaan semula sekolah bagi murid Tahun Satu hingga Empat pula adalah minggu berikutnya iaitu 22 Julai.

Selain pelajar dan guru, ibu bapa juga turut sibuk menyusun kembali jadual, mengatur masa dan menguruskan keperluan harian anak-anak bagi memastikan aktiviti pembelajaran berjalan lancar.

Pembukaan semula sekolah untuk murid bukan kelas peperiksaan awam itu dilaksanakan secara berperingkat setelah mengambil kira saranan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sebelum ini, sesi persekolahan dibuka semula kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam pada tahun ini iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) serta peperiksaan antarabangsa.

Mengenai perkembangan COVID-19, terdapat empat kes baharu semalam, kesemuanya melibatkan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. – BERNAMA

Tags: Covid-19murid sekolahpelajar sekolah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

Pelajar Perempuan Tingkatan 4 Maut Dipercayai Ditikam Pelajar Lelaki Tingkatan 2

Pelajar Perempuan Tingkatan 4 Maut Dipercayai Ditikam Pelajar Lelaki Tingkatan 2

14/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya, maut selepas dipercayai ditikam seorang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd