• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Disyaki Bunuh 3 Kucing Di Dobi

oleh
13/07/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki disyaki membunuh tiga kucing dengan memasukkan haiwan peliharaan itu ke dalam mesin basuh di sebuah kedai dobi di Desa Aman Puri, Kepong, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita berusia 39 tahun kira-kira jam 9.30 pagi tadi, berhubung kejadian berkenaan.

“Pengadu memaklumkan menemui tiga bangkai kucing dalam tiga mesin basuh berasingan.

“Mengikut rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian, seorang lelaki dilihat memasukkan tiga kucing ke dalam mesin basuh di dobi berkenaan, kira-kira jam 5.30 pagi tadi.

“Siasatan lanjut dirujuk kepada Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Shah Alam untuk tindakan mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Persatuan Haiwan Malaysia dilaporkan menggesa saksi kejadian dan pemilik dobi itu untuk membuat laporan kepada polis dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar bagi membolehkan siasatan dilakukan.

Kejadian seumpama itu dilaporkan kali kedua di negara ini, susulan 5 Disember tahun lalu, seorang pekerja kontrak yang memasukkan seekor kucing bunting ke dalam mesin pengering di sebuah dobi layan diri dihukum penjara 34 bulan dan didenda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen Selayang.

Lelaki itu didakwa dengan kejamnya atau secara tidak munasabah membuat atau meninggalkan untuk melakukan apa-apa perbuatan menyebabkan kesakitan atau penderitaan yang tidak sepatutnya terhadap seekor kucing di premis dobi di Taman Gombak Ria, Batu Caves, di sini antara jam 12.54 tengah malam dan 1 pagi, pada 11 September 2018. – BH Online

Tags: bunuh kucingKedai Dobi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Rentung Kemalangan Seorang Penuntut Kolej

‘Di Mana Bella? Dia Tak Pergi Kedai Dobi Pun…’

27/12/2023
0

BATU PAHAT: Kehilangan ibu tunggal, Mila Sharmila Samsusah, 32, atau Bella sejak hampir dua minggu lalu masih menimbulkan misteri meskipun...

Kucing Itu Sengaja Ditahan Hingga Mati Tersepit

14/12/2020
0

JOHOR BAHRU - Seekor kucing ditemui mati tersepit di pintu 'roller shutter' sebuah bank dalam keadaan yang sangat tragik dipercayai akibat angkara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd