• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhyiddin Usul Yang Dipertua Dewan Rakyat Ditukar

oleh
13/07/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengusulkan di Dewan Rakyat supaya jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof dikosongkan atas alasan terdapat pencalonan lain bagi jawatan berkenaan.

Ahli Parlimen Pagoh itu bangun mengusulkan cadangan tersebut di hadapan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon.

“Bahawa Dewan Rakyat ini mengambil ketetapan untuk Tuan Yang Dipertua, Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Mohamad Ariff bin Md Yusof mengosongkan jawatannya atas alasan terdapat pencalonan lain bagi jawatan Tuan Yang Dipertua,” kataya ketika membacakan usul tersebut.

Usul berkenaan disokong Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. 

Mohd Rashid kemudian membuka kepada sidang untuk membahaskan usul berkenaan.

Mohamad Ariff sebelum ini dipilih menjadi Yang Dipertua Dewan Rakyat pada 16 Julai 2018, sebaik mesyuarat pertama Parlimen ke-14 selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

Mengikut Aturan Mesyuarat hari ini, Muhyiddin akan mengusulkan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun bagi menggantikan Mohamad Ariff sebagai Yang Dipertua.

Selain itu, beliau turut dijadual mengusulkan supaya Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming mengosongkan jawatan sebelum kemudiannya mengusulkan cadangan  supaya Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said menggantikan Nga sebagai Timbalan Yang Dipertua. 

Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen ke-14 yang bersambung semula bermula hari ini sebelum ini hanya diadakan selama sehari pada 18 Mei lepas melibatkan titah ucapan pembukaan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Persidangan akan berlangsung selama 25 hari sehingga 27 Ogos 2020 berpandukan kebiasaan baharu dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengekang penularan COVID-19. – BERNAMA

Tags: Dewan RakyatMohamad Ariff Md YusofParlimen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bawa Usul Hukuman Mati, Penjara Seumur Hidup Pemandu Mabuk Ke Parlimen – Akmal

Bawa Usul Hukuman Mati, Penjara Seumur Hidup Pemandu Mabuk Ke Parlimen – Akmal

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menggesa kerajaan agar mempertimbangkan hukuman lebih berat termasuk hukuman...

Anthony Loke Minta Orang Ramai Kecam MP Tak Sokong Usul Hadkan Tempoh Jawatan PM

Anthony Loke Minta Orang Ramai Kecam MP Tak Sokong Usul Hadkan Tempoh Jawatan PM

02/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook meminta orang ramai mengecam Ahli Parlimen yang tidak hadir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd