• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Pulanglah Ke Pangkuan Keluarga,” Rayu Bapa Kepada Wanita IS

oleh Ahmad Albab
08/03/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALING – Walaupun anak kesayangannya berada jauh di bumi bergolak Syria, ia tidak menghalang Ahmad Hussin mengharapkan berlakunya keajaiban suatu hari nanti bahawa anaknya akan kembali ke pangkuan keluarga.

Anaknya, Nor Mahmudah, 26, mengikut suaminya, Muhammad Wanndy Mohamad Jedi, 25, yang dipercayai terlibat dengan kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) di Syria sebagaimana didedahkan oleh polis semalam.

BACA: Sah! Dua Lelaki Dalam Video Penggal Kepala Warga Malaysia

“Jika ada pesanan yang boleh disampaikan kepada dia (Nor Mahmudah), saya harap dia pulanglah ke pangkuan keluarga. Saya pun tidak berapa sihat, tak tahu sama ada akan bertemu dengan dia lagi atau tidak. Pulanglah.”

“Hanya takdir yang akan menentukan sama ada dia akan pulang ke pangkuan keluarga, sama juga seperti takdir yang menentukannya untuk berada di Syria,” katanya kepada Bernama ketika ditemui hari ini.

Walaupun lumpuh di kedua-dua bahagian kakinya serta separuh badannya akibat serangan angin ahmar, namun beliau tetap gigih menanggung kehidupan keluarga dengan bekerja sebagai tukang kasut di pekan Baling sejak 1987.

Disebabkan lumpuh, Ahmad terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

Lebih dikenali dengan nama “Majeed” di kalangan warga pekan yang bersempadan dengan Thailand, Ahmad berkata, kali terakhir beliau bertemu anaknya adalah pada Oktober tahun lepas ketika menjalani rawatan di Hospital Sungai Petani.

Pada ketika itu, beliau sedang bersiap sedia menjalani pembedahan di bahagian perut.

“Itu adalah kali terakhir saya bertemu dengan Nor Mahmudah. Beliau datang (ke hospital) berseorangan tanpa suaminya. Selepas itu kami tidak pernah bertemu, mahupun berbual menerusi telefon,” katanya.

Nor Mahmudah merupakan anaknya hasil perkahwinan pertama beliau.

Beliau juga berkata tidak pernah mengetahui anaknya berada di Syria sehinggalah dimaklumkan oleh anggota polis yang berkunjung ke rumahnya di Carok Nau semalam.

“Saya amat terkejut apabila diberitahu bahawa Nor Mahmudah kini berada di Syria mengikut suami, tetapi saya menerimanya sebagai suatu ketentuan Allah SWT,” katanya.

Ditanya perkenalan anaknya dengan Muhammad Wanndy yang berasal dari Durian Tunggal, Melaka, Ahmad berkata beliau tidak mengetahui mengenainya tetapi mengesyaki berkemungkinan ia berlaku ketika kedua-dua mereka bekerja di Pulau Pinang tahun lepas.

Anaknya juga tidak pernah memperkenalkan bakal suaminya kepada mereka sekeluarga sebelum berkahwin dan Muhammad Wanndy hanya berkunjung rumah mentuanya di Baling sebanyak dua kali selepas pernikahan mereka, katanya.

“Beliau (Nor Mahmudah) ada meminta izin saya untuk berkahwin dan saya berkata jika dia berkeyakinan lelaki itu (Muhammad Wandy) adalah elok untuk dia, maka eloklah pada saya,” katanya.

Ahmad berkata, beliau tidak mahu menghalang perkahwinan kedua anaknya itu selepas perkahwinan terdahulunya berakhir dengan perceraian, walaupun tidak mengenali latar belakang secara terperinci menantunya itu.

Ditanya sama ada Nor Mahmudah dan menantunya itu seorang yang alim dan kuat beragama, beliau menidakkannya dan berkata, semasa pertemuan dengan Muhammad Wandy sebelum ini, menantunya hanya memakai seluar pendek.

Bagaimanapun, Ahmad mengakui, beliau tidak pernah bercakap dengan menantunya semasa dua pertemuan singkat sebelum ini.

– BERNAMA

Tags: IS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Kedai Makan Didakwa Miliki Bahan Berkaitan IS

Pekerja Kedai Makan Didakwa Miliki Bahan Berkaitan IS

19/07/2024
0

BUTTERWORTH : Seorang pekerja kedai makan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan memiliki bahan berkaitan kumpulan...

Penglibatan Wanita Meningkat Dalam Militan Daesh

21/08/2019
0

PENDANG - Penglibatan golongan wanita sebagai penyerang di dalam kumpulan militan Daesh menjadi trend terbaharu di rantau Asia Tenggara. Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd