• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Penularan Tempatan Covid-19 Buat Kali Ketiga

oleh
09/07/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tiada kes positif koronavirus (Covid-19) membabitkan penularan tempatan buat kali ketiga selama dua hari berturut-turut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya berkata, hanya enam kes positif Covid-19 dikesan melibatkan kes import.

“Tiga kes dikesan menerima jangkitan dari Indonesia, Singapura dua kes dan satu kes dari Mesir membabitkan lima rakyat tempatan dan seorang warga asing yang memasuki negara ini,” katanya.

Menurutnya, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif positif Covid-19 sebanyak 8,683 kes.

“Hanya 63 kes masih menerima rawatan di hospital,” katanya.

Beliau berkata, dua pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

“Seorang daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 13 kes telah pulih dan dibenarkan pulang hari ini.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sepenuhnya adalah 8,499 iaitu bersamaan 97.8 peratus,” katanya.

Katanya, tiada kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini selama 26 hari berturut-turut sejak 15 Jun lalu.

“Kes kematian kekal pada 121 kes,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Covid-19KKM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Rafidah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd