• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laporan Al Jazeera Cemarkan Imej Negara

oleh
06/07/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Laporan berita antarabangsa Al Jazeera berhubung dakwaan wujud isu perkauman terhadap warga asing ketika negara mengendalikan pandemik koronavirus (Covid-19) mencemarkan imej negara dan memburukan nama ‘frontliners’.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, mereka sepatutnya membantu negara menangani pandemik Covid-19 ini daripada terus ditularkan namun sebaliknya melalui video itu banyak fakta terpesong.

“Mereka perlu faham tugas KKM memastikan keselamatan nyawa rakyat bukan warganegara yang berada di Malaysia. Sebab itu kita perlu asingkan mereka jika tempat itu ada wabak.

“Mereka tidak boleh dihubungi oleh orang luar atau keluar daripada kawasan tersebut ataupun sebaliknya,” katanya pada Rancangan Selamat Pagi Malaysia TV1 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung laporan dokumentari Al Jazeera bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ berdurasi 25 minit 50 saat yang mendakwa terdapat isu perkauman dalam mengendalikan Covid-19 di Malaysia.

Menurutnya, sekiranya didapati positif selepas disaring bukan mereka sahaja akan dirawat bahkan kontak rapat juga akan diasingkan serta dikuarantinkan.

“Jadi Al Jazeera sebenarnya sudah memburukkan nama-nama ‘frontliners’ dan mencemarkan imej negara kita dengan laporan tersebut.

“Sepatutnya mereka perlu belajar dengan pengamal media di Malaysia dan mencontohi bagaimana laporan dibuat dengan begitu tepat sekali gus membantu menyekat penularan Covid-19 di negara ini,” katanya.

Sementara itu, Dr Adham menyifatkan kepatuhan masyarakat terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan telah mendorong trend kes Covid-19 kekal ke satu digit sehingga ke hari ini.

Katanya, hanya kes import yang menjadikan jumlah atau angka itu melebihi satu digit namun KKM masih kekal dengan strategi untuk memutuskan rantaian penularan Covid-19.

“Kejayaan besar kita sehingga hari ini ialah kerana rakyat bersama pemimpin mematuhi SOP ditetapkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Jadi kita perlu kekal dengan mengawal sempadan utama negara daripada dimasuki oleh mereka yang membawa virus ini. Sebab itu pengawalan sempadan sangat penting waktu ini kerana kes yang terdahulu pun disebabkan oleh perkara tersebut.

“Kemunculan semula virus ini di nergara lain disebabkan kebocoran sempadan utama mereka. Saya berterima kasih kepada masyarakat kerana sehingga kini mereka masih lagi berpegang teguh kepada Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit),” katanya. – Sinar Harian

Tags: al-jazeeraDr Adham Babapandemik COVID-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dasar Fiskal: Kerajaan Fokus Pacu Negara Keluar Daripada Pandemik

29/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Gelombang ketiga pandemik Covid-19 yang melanda negara memberi cabaran besar kepada kemampuan fiskal kerajaan, sekali gus mendorong...

Rentas Negeri: Kenderaan Bertambah Tetapi Aliran Trafik Lancar

11/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Keadaan jalan utama menuju keluar dari ibu kota dalam keadaan terkawal dan tiada aliran trafik luar biasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd