• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Kes Baharu Covid-19, 20 Pulih, Tiada Kematian

oleh
30/06/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan dua kes baharu positif koronavirus (Covid-19) hari ini masing-masing melibatkan satu kes import dan penularan tempatan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya berkata, kedua-dua kes membabitkan rakyat tempatan.

“Kes penularan di dalam negara adalah kes saringan pra-rujukan di Hospital Kota Belud, Sabah,” katanya.

Menurutnya, pertambahan kes tersebut menjadikan jumlah kumulatif positif Covid-19 meningkat kepada 8,639 kes.

“Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 164 kes,” katanya.

Beliau berkata, pesakit yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) sebanyak empat kes termasuk seorang yang memerlukan bantuan pernafasan.

“Dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah kekal 121 kes bersamaan dengan 1.40 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya.

Menurutnya, terdapat 20 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini.

“Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 8,354 kes bersamaan dengan 96.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya.

Sementara itu, KKM menyeru orang ramai supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan susulan beberapa sub-sektor pelancongan, pusat-pusat hiburan, aktiviti riadah dan pra sekolah akan dibuka semula bermula esok.

“Kita seharusnya tidak alpa dengan trend penurunan kes Covid-19, sebaliknya perlu lebih berwaspada serta mematuhi SOP dan mengamalkan langkah-langkah pencegahan pada setiap masa,” katanya.

Tambahnya, pematuhan SOP merupakan kunci utama dalam memastikan kes Covid-19 terus berkurang.

“Memandangkan lebih banyak sub-sektor akan dibuka pada esok, kerjasama orang ramai adalah amat diperlukan oleh kerajaan untuk sama-sama kita memutuskan rantaian penularan Covid-19 di Malaysia,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Covid-19CPRCKKM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Ramai Perkhidmatan Sokongan Kritikal KKM Berstatus Kontrak?

Ramai Perkhidmatan Sokongan Kritikal KKM Berstatus Kontrak?

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang Ahli Dewan Negara melahirkan kebimbangan ramai pekerja perkhidmatan sokongan kritikal di fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd