• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Kes Baharu COVID-19, 16 Pulih, Tiada Kematian

oleh
29/06/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan tiga kes baharu positif COVID-19 dilaporkan hari ini, membabitkan warganegara Malaysia.

Ia bermakna catatan kes baharu kembali ke satu angka selepas dua hari merekodkan masing-masing 10 dan 18 kes sebelum ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada tiga kes berkenaan, dua kes adalah penularan dalam negara dan satu kes mendapat jangkitan dari luar negara.

Bagi penularan dalam negara, katanya, masing-masing satu kes dikesan di Selangor iaitu ketika saringan pra-prosedur bagi rawatan penyakit barah dan kes saringan tempat kerja di Sandakan, Sabah.

“Pertambahan tiga kes berkenaan menjadikan jumlah positif COVID-19 di negara ini kepada 8,637 kes manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 182 kes,” katanya dalam sidang media harian COVID-19, di sini hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, sehingga jam 12 tengah hari ini, sebanyak 16 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes kepada 8,334 kes atau 96.5 peratus dari jumlah keseluruhan kes.

Katanya, tiada pertambahan kes kematian dilaporkan dan jumlahnya kekal 121 kes atau 1.40 peratus daripada keseluruhan kes. – BH Online

Tags: Covid-19CPRCKKM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Rafidah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd