• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jumlah Kes Aktif Covid-19 Kini Bawah 200

oleh
26/06/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Genap 17 hari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sejak dikuatkuasakan pada 10 Jun lalu, kes aktif koronavirus (Covid-19) dan sedang dirawat di hospital kini di bawah 200 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat ini pesakit yang sedang dirawat dan diasingkan adalah 191 kes.

Tambahnya, kes harian juga telah mencapai satu angka selama empat hari berturut-turut mulai 23 Jun.

“Malahan kes harian penularan di dalam negara di kalangan rakyat tempatan kurang daripada lima kes bagi enam hari berturut-turut,” katanya pada sidang media perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Menurutnya, jika dibandingkan, kadar penyembuhan kes Covid-19 iaitu 96.4 peratus adalah di antara yang tertinggi dalam kalangan negara ASEAN.

“Selain itu, kadar kematian Covid-19 di negara ini juga merupakan di antara yang paling rendah di seluruh dunia iaitu 1.41 peratus,” katanya.

Beliau berkata, tiada kes kematian Covid-19 dilaporkan sejak 12 hari yang lalu.

“Justeru, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 semakin menurun setiap hari,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, pendekatan kerajaan dalam implementasi PKPP adalah sebagai sebahagian daripada tindakan pemulihan (soft landing) iaitu untuk menyediakan negara bagi strategi keluar (exit strategy).

“Jika dilihat statistik seperti di atas, ianya sememangnya memberangsangkan dan memberi keyakinan untuk lebih banyak pembukaan semula pelbagai sektor bagi mempertingkatkan ekonomi negara secara tersusun,” katanya.

Tambahnya, pematuhan individu, syarikat dan komuniti kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan telah turut menyumbang kepada pencapaian tersebut.

“SOP ini disediakan dengan rundingan bersama pelbagai pemegang taruh agar ianya seimbang iaitu dengan mengambil kira faktor keselamatan rakyat, nyawa dan juga mata pencarian.

“Pihak KKM ingin mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia di atas kerjasama dengan pihak kerajaan bagi pencapaian ini dalam usaha kita sama-sama membendung penularan jangkitan Covid-19,” katanya.

Beliau berkata, peperangan menghadapi virus Covid-19 masih belum tamat.

“Masyarakat disarankan agar kekal berwaspada dan terus patuh kepada SOP serta saranan yang ditetapkan agar kita dapat sama-sama memutuskan rantaian penularan jangkitan Covid-19 di Malaysia,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Covid-19KKMperintah kawalan pergerakan pemulihan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd