• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bendera Kejayaan Menentang COVID-19 Dikibar Julai Ini?

oleh
25/06/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kehadiran bulan Julai pasti dinantikan apabila negara diramal bebas daripada pandemik COVID-19 setelah ‘berperang’ sejak Januari tahun ini.

Namun itu semua terletak kepada kepatuhan rakyat Malaysia terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dalam mengejar sifar kes COVID-19 berbanding satu atau dua angka ketika ini, sekaligus menyertai negara lain yang telah mengibarkan bendera kejayaan melawan COVID-19.

Keyakinan itu disandarkan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang medianya pada Rabu bahawa sasaran itu dapat dicapai pada pertengahan Julai berikutan angka kes jangkitan baharu yang kecil, disertai jumlah pesakit yang dibenarkan keluar hospital yang tinggi dan kadar kematian yang rendah.

Seperti semalam, kes baharu COVID-19 kekal mencatatkan satu angka iaitu enam kes, dengan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan 244 kes dan dengan pertambahan kes baharu itu, menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 8,596 kes, selain tiada kematian dicatatkan menjadikan jumlah maut akibat wabak itu kekal 121 kes.

Tumpuan penjagaan kesihatan dan pencegahan penularan bukan hanya tertumpu kepada rakyat Malaysia sahaja malah turut dihala kepada warga asing yang berada Malaysia secara sah selepas masalah melibatkan pendatang asing tanpa izin (PATI) telah diselesaikan.

Apabila kes semakin terpencil dan berada di tahap yang boleh dikawal, pelbagai aktiviti membabitkan orang awam kini boleh dilakukan termasuk ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha pada akhir Julai ini untuk kawasan Wilayah Persekutuan dengan prosedur standard operasi (SOP) yang ketat.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media pada Rabu berkata kebenaran itu untuk semua masjid, surau serta kawasan yang di Wilayah Persekutuan, dan perlu mengikut panduan yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Berita gembira turut disampaikan beliau kepada mereka yang ingin bertunang dan berkahwin apabila kebenaran telah dibenarkan mulai 1 Julai ini selain majlis berkaitan keagamaan serta majlis sambutan ulang tahun perkahwinan dan hari lahir.

Moga Julai datang membawa seribu makna dan keberkatan kepada Malaysia berlapikkan normal baharu dalam memastikan negara bebas sepenuhnya daripada penularan pandemik COVID-19. – BERNAMA

Tags: pandemik COVID-19
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Dasar Fiskal: Kerajaan Fokus Pacu Negara Keluar Daripada Pandemik

29/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Gelombang ketiga pandemik Covid-19 yang melanda negara memberi cabaran besar kepada kemampuan fiskal kerajaan, sekali gus mendorong...

Rentas Negeri: Kenderaan Bertambah Tetapi Aliran Trafik Lancar

11/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Keadaan jalan utama menuju keluar dari ibu kota dalam keadaan terkawal dan tiada aliran trafik luar biasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd