• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli Politik Dipanggil Bantu Siasatan Ikut SOP – KPN

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Setiap tindakan polis dalam memanggil mana-mana pemimpin politik tidak seharusnya dilihat sebagai mempunyai agenda atau motif tertentu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata ia bagi melengkapkan proses siasatan laporan yang dibuat mengikut garis panduan berdasarkan peruntukan undang-undang, termasuk merakam percakapan.

“Saya menafikan dakwaan kononnya tindakan polis bertujuan menakut-nakutkan atau mengambil kesempatan ke atas pemimpin politik tertentu.

“Sebagai contoh kes membabitkan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh. Tindakan kami adalah berdasarkan undang-undang dan laporan seorang individu mendakwa (Yeoh) mengeluarkan kenyataan yang mungkin dianggap menghasut, jadi kami harus siasat bagi menentukan sama ada ia benar atau tidak,” katanya ketika ditemui di Bukit Aman, semalam.

Abdul Hamid berkata, siasatan harus dilakukan secara terperinci selepas pihak polis mendapati ada kemungkinan wujud unsur memfitnah Yeoh berhubung laporan berkenaan.

Katanya, pegawai penyiasat tidak mempunyai kaedah lain kecuali memanggil Yeoh ke Bukit Aman untuk membantu siasatan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ada.

“Ini bukan untuk menakut-nakutkan sesiapa. Saya tidak akan mengizinkan pihak polis melakukan sebarang tindakan yang boleh dianggap mempunyai motif politik,” katanya.

Beliau menegaskan, Yeoh berpeluang menjelaskan keadaan sebenar berhubung dakwaan terhadap dirinya apabila dipanggil untuk proses merakam percakapan.

“Jika polis mendapati ada elemen unsur fitnah terhadap Ahli Parlimen Segambut itu dengan tujuan tidak baik, kami diberikan kuasa untuk menyiasat pihak bertanggungjawab.

“Polis akan bersikap adil dan tidak mempunyai masalah membenarkan kebebasan bersuara,” katanya. – BH Online

Tags: ahli politikpemimpin politikpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Takkan Mohamad Sabu Tak Tahu Kerajaan Madani Sedang Gubal Akta Tahanan Rumah?’ – Nazrul Nazir

‘Takkan Mohamad Sabu Tak Tahu Kerajaan Madani Sedang Gubal Akta Tahanan Rumah?’ – Nazrul Nazir

11/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli politik, Nazrul Nazir mempersoalkan sama ada Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu tidak...

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

22/10/2026
0

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat dua kes berasingan membabitkan penyebaran kandungan media sosial yang disyaki mempunyai unsur hasutan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd