• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

140 Individu Pulih, 10 Kes Baharu COVID-19

oleh
17/06/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JUMLAH kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada jangkitan Covid-19 dalam negara terus meningkat kepada 7,873 kes dengan kadar kesembuhan 92.5 peratus, hari ini.

Peningkatan itu susulan pertambahan 140 lagi kes pulih dan dibenarkan discaj daripada fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selain melebihi bilangan kes baharu yang dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga 12 tengah hari ini, 10 kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan dan merekodkan 8,515 kes keseluruhan dalam negara.

Beliau berkata, tiada kes import manakala terdapat 10 kes penularan dalam negara merangkumi tiga kes bukan warga negara dan tujuh warga negara.

“Satu kes jangkitan bukan warga negara ialah kontak rapat kes positif kes ke-8,455.

“Satu kes lagi di Akademi Imigresen Malaysia, Port Dickson yang mana kes ini adalah Orang Kena Tahan (OKT) yang dipindahkan dari Depot Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil.

“Satu lagi kes saringan pra pembedahan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS),” katanya pada sidang media harian berkaitan Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Mengenai kes penularan dalam kalangan warga Malaysia, Dr Noor Hisham berkata, empat kes ialah Kluster Warga Emas Kuala Selangor iaitu kontak rapat kes positif (kes ke-8,490), satu kes saringan pusat tahfiz, satu kes kontak rapat (kes ke-8,453) serta satu kes kontak rapat (ke-8,403 iaitu kes kematian ke-120).

Dalam pada itu, katanya, tiada kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), setakat 12 tengah hari ini.

Katanya, ia menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat jangkitan wabak berkenaan dalam negara ketika ini kekal 121 kes atau 1.42 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. myMetro Online

Tags: Covid-19CPRCKKM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd