• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kurangkan Jemaah Atau Batal Haji 1441H

oleh
16/06/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIYADH – Arab Saudi dijangka mengurangkan jumlah jemaah atau menangguhkan ibadah haji tahun ini.

Ia susulan peningkatan jangkitan kes Covid-19 di negara itu sekali gus menjadikan keputusan itu pertama kali dalam sejarah dunia moden.

Ketika ini, banyak negara memberi tekanan kepada Riyadh supaya mengumumkan keputusan berhubung perkara berkenaan.

Ia memandangkan masa terlampau suntuk mengendalikan hal berkaitan logistik sekiranya ibadah haji tahun diteruskan.

Pada tahun lalu, seramai 2.5 juta jemaah menunaikan haji.

Bagaimanapun, musim haji kali ini tidak akan sama memandangkan pihak berkuasa sudah menasihatkan bakal jemaah untuk menangguhkan persiapan haji tahun ini.

“Ia membabitkan keputusan sama ada untuk mengadakan haji dengan jumlah jemaah amat sedikit atau menangguhkannya sama sekali,” kata pegawai rasmi di Asia Tenggara yang berhubung dengan Arab Saudi.

Sementara itu, seorang pegawai rasmi negara itu memberitahu: “Keputusan akan dibuat dan diumumkan dalam masa terdekat.”

Dalam pada itu, Indonesia, negara dengan populasi umat Muslim terbesar dunia sudah mengumumkan tidak akan menghantar jemaah haji tahun ini.

Langkah itu diikuti oleh Malaysia, Senegal dan Singapura.

Bagaimanapun, banyak negara lain seperti Mesir, Maghribi, Turki, Lubnan dan Bulgaria, masih menunggu pengumuman rasmi berhubung perkara itu.

Perancis pula sudah menasihatkan umat Islam di negara itu untuk menangguhkan ibadah berkenaan.

Menurut seorang pegawai rasmi di sebuah negara Asia Tenggara, Arab Saudi amat berhati-hati dalam membuat ketetapan berhubung perkara itu.

“Jika negara itu membenarkan haji sama seperti tahun sebelumnya, (secara logistik)… banyak negara yang tidak dapat menghantar jemaah mereka,” katanya.

Ia memandangkan kebanyakan syarikat penerbangan antarabangsa masih tidak beroperasi.

Pegawai berkenaan berkata, jika haji diteruskan, kemungkinan besar ia hanya membabitkan jemaah tempatan. – AGENSI

Tags: Arab SaudiHaji
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

24/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ARAB SAUDI sekali lagi menunjukkan tahap kesiapsiagaan luar biasa menjelang musim Haji 2026 apabila Kementerian Pertahanannya menayangkan video...

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd