• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sarawak Report Perlu Kemuka Bukti Dakwaan Jahatnya

oleh
16/06/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sarawak Report perlu mengemukakan bukti termasuk menamakan pesawat dinaiki, hospital di Singapura serta doktor yang kononnya merawat Tan Sri Muhyiddin Yasin yang didakwa portal berita itu dalam laporannya bahawa Perdana Menteri melanggar perintah kuarantin di rumah.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan, kegagalan portal berkenaan mengemukakan bukti bermakna laporan disiarkan adalah berniat jahat untuk memburukkan imej Perdana Menteri.

Katanya, seperti dijelaskan sebelum ini, laporan kononnya Muhyiddin melanggar perintah kuarantin di rumah bagi menjalani rawatan kanser di luar negara satu pembohongan, tuduhan berniat jahat dan ia hanya rekaan penulis.

“Semasa tempoh kuarantin, Perdana Menteri sentiasa mematuhi arahan tidak keluar rumah. Semua tugasan rasmi hanya dijalankan dari rumah termasuk mengadakan sidang video dengan Menteri Kanan Pertahanan dan Ketua Pengarah Kesihatan,” jelas kenyataan itu.

Muhyiddin sebelum ini diarahkan menjalani kuarantin selama 14 hari bermula 22 Mei lalu selepas seorang daripada pegawai yang hadir mesyuarat pasca-Kabinet dipengerusikan beliau disahkan positif COVID-19.

Kenyataan itu menyebut, amat malang apabila portal berita berkenaan kini berubah menjadi perkakas politik bagi menjaja dan menyebabkan fitnah melalui laporan yang tidak berpaksikan kebenaran.

“Fitnah ini adalah satu gangguan yang tidak perlu ketika negara sedang berhadapan pandemik kesihatan dan cabaran ekonomi yang belum pernah dialami sebelumnya,” katanya.

Pejabat Perdana Menteri sekali lagi menyatakan pakar perubatan sudah mengesahkan bahawa Muhyiddin kini bebas daripada penyakit kanser dan cukup sihat untuk melaksanakan tugas sebagai ketua kerajaan.

Dalam kenyataan sama juga, dilampirkan dua surat pengesahan dari pakar mengenai tahap sebenar kesihatan Muhyiddin ketika ini. – BH Online

Tags: Covid-19kuarantinMuhyiddin YassinSarawak Report
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

31/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan perihal kemelut dalaman Perikatan Nasional (PN), peranan...

PN Diminta Sahkan Peletakan Jawatan Muhyiddin

PN Diminta Sahkan Peletakan Jawatan Muhyiddin

11/01/2026
0

Kuala Lumpur: Tan Sri Abdul Hadi Awang menggesa Perikatan Nasional (PN) mengadakan mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT), selaras Fasal 8.3(l)(b)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd