• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UPSI Terima Dana Lebih RM9 Juta Bagi Penyelidikan Kanak-Kanak

oleh Ahmad Albab
05/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANJUNG MALIM – Pusat Penyelidikan dan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerima dana berjumlah RM9,146,453 bagi menjalankan penyelidikan jangka panjang dan pendek selain membangunkan Pusat Data Kanak-Kanak Negara.

Naib Canselornya Prof Datuk Dr Zakaria Kasa berkata hasil penyelidikan itu berupaya membantu kerajaan dalam merancang, merangka, dan menggubal dasar baharu serta memperbaiki amalan berkaitan pembangunan kanak-kanak di negara ini.

“Sehingga kini lebih daripada 40 syarikat telah menyumbangkan dana kepada UPSI antaranya pemberi dana antarabangsa iaitu Sumitomo Foundation dan Badminton World Federation (BWF), Institut Darul Ridzuan, Majlis Amanah Rakyat (MARA) serta Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO).

“Dana yang tertinggi diterima adalah daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (MOA) berjumlah RM992,300 manakala bagi geran penyelidikan Kementerian Pendidikan (KPM) pula sebanyak RM326,256 diperoleh hasil tujuh projek penyelidikan di bawah Usaha Kerjasama Pembudayaan Penyelidikan (RACE),” katanya ketika berucap pada Karnival Penyelidikan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2015 di UPSI, di sini hari ini.

Dr Zakaria berkata karnival sehari itu bertujuan mempamerkan kejayaan UPSI dalam bidang penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan yang telah memberi impak kepada masyarakat dan negara.

“Dari aspek pengkomersialan, sebanyak 20 produk penyelidikan berjaya dikomersialkan dengan menjana pendapatan lebih RM9 juta yang berdaftar di bawah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RMIC) dan UPSI Holdings.

“Yang paling membanggakan adalah pengkomersialan produk ‘Natural Hydroxyapatite As Calcium Source In Water Filter Applications’ melalui Memorandum Perjanjian (MoA) di antara UPSI dengan Hijrah Water Sdn Bhd bernilai RM550,000,” kata Dr Zakaria.

Menurutnya, sebanyak 32 penyelidik UPSI kini berada di United Kingdom, Australia, Amerika Syarikat, Indonesia, New Zealand, Ireland, Belgium, Jerman, Jordan, India, China, Hong Kong dan Jepun, untuk mendalami ilmu serta meluaskan kepakaran akademik masing-masing melalui penyelidikan dan pengajian merentasi pelbagai bidang ilmu.

Terdahulu, Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim yang juga Canselor UPSI berkenan berangkat dan melancarkan karnival itu.

Baginda turut melancarkan 11 buah buku berkaitan penyelidikan serta melawat 30 pameran produk penyelidikan membabitkan kluster akademia dan industri serta penyelidikan berimpak tinggi. – BERNAMA

Tags: UPSI
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Autisme Di Malaysia: Dari Kesedaran Ke Tanggungjawab Bersama

Autisme Di Malaysia: Dari Kesedaran Ke Tanggungjawab Bersama

02/04/2026
0

Sambutan Global yang Semakin Bermakna Setiap 2 April, dunia memperingati Hari Kesedaran Autisme Sedunia yang telah diisytiharkan oleh United Nations...

Penulis Lirik Terkenal Hairul Anuar Harun Dikurniakan PhD Di UPSI

Penulis Lirik Terkenal Hairul Anuar Harun Dikurniakan PhD Di UPSI

12/11/2025
0

Penulis Lirik Terkenal Hairul Anuar Harun Dikurniakan PhD di UPSI

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd