• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tidak Patut Dihukum Berdasarkan Pendapat Umum

oleh AK-47
04/06/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Peguam yang mewakili Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, semalam, bekas Perdana Menteri itu tidak sepatutnya dihukum semata-mata berdasarkan pendapat umum.

Farhan Read yang berhujah di akhir kes pembelaan berkata, kes rasuah, menyalahgunakan kuasa dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd dihadapi Najib, perlu dibicara berdasarkan fakta serta prinsip undang-undang.

Beliau berkata, memang tidak diragui bahawa kes berprofil tinggi itu mendapat perhatian luas dan kemarahan daripada orang ramai, namun mahkamah tidak boleh dipengaruhi pendapat umum.

Katanya, masyarakat tidak boleh disalahkan kerana tuduhan ke atas anak guamnya adalah serius tetapi isu yang dibangkitkan ketika perbicaraan perlu dilihat secara objektif.

Mengambil contoh, bukti bahawa menjadi kebiasaan bagi Najib mengeluarkan cek tanpa memeriksa baki wang dalam akaun banknya, Farhan berkata, ia adalah perkara biasa bagi anak guamnya berbuat demikian.

Tidak seperti orang kebanyakan yang perlu melakukan pemeriksaan setiap masa, peguam itu berkata, bekas Perdana Menteri itu tidak perlu berbuat demikian.

“Ia adalah kerana tertuduh menerima wang dalam jumlah yang banyak melalui sumbangan daripada pemimpin Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud.

“Jadi, beliau tidak pernah peduli untuk memeriksa baki akaun apabila setiap kali mengeluarkan cek,” katanya.

Farhan berkata, dakwaan bahawa Najib menyalahgunakan kedudukan untuk mempengaruhi keputusan syarikat SRC adalah tidak benar sama sekali.

Katanya, Najib pada kebanyakan masa menyerahkan perjalanan hal ehwal syarikat kepada Lembaga Pengarah. – BH ONLINE

https://www.mynewshub.tv/utama-sensasi/najib-fail-notis-usul-tangguh-bicara-kes-pinda-laporan-audit/
Tags: Najib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd