• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khuatir Gelombang Baharu Jika Rakyat Tak Patuh

oleh
28/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Penurunan kes Covid-19 di negara ini bagi penularan tempatan adalah selaras dengan unjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan hasil tindakan kesihatan awam daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penurunan itu turut dibantu dengan pematuhan orang ramai terhadap normal dan kelaziman baharu serta prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi pelbagai sektor dan industri.

Namun demikian menurutnya, KKM khuatir mungkin akan berlakunya peningkatan kes susulan pergerakan orang ramai melalui aktiviti kunjung-mengunjung, merentas negeri dan pergaulan dalam kalangan masyarakat semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Daripada maklumat yang diperoleh semasa sidang akhbar Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), didapati sebanyak 2,449,556 kenderaan telah diperiksa oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari 16 Mei 2020 sehingga kini.

“Dalam tempoh yang sama, sebanyak 18,303 kenderaan yang cuba merentas negeri atas alasan mahu pulang ke kampung dan telah diarah berpatah balik oleh PDRM. Syabas diucapkan kepada pihak PDRM atas usaha ini.

“Sewajarnya, ia adalah tanggungjawab kita bersama untuk melakukan segala usaha yang diperlukan dalam menangani dan membendung penularan jangkitan Covid-19 di negara kita,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya masyarakat leka, tidak patuh dan ingkar kepada SOP yang ditetapkan, KKM menjangkakan akan berlakunya peningkatan kes Covid-19 yang mendadak yang seterusnya boleh mengakibatkan gelombang baharu bagi wabak Covid-19 di negara ini.

Oleh itu menurutnya, masyarakat harus berwaspada dan tidak mengambil mudah situasi penurunan kes ini.

“Seperti yang KKM maklumkan sebelum ini, peperangan menghadapi virus Covid-19 ini masih belum tamat,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sebanyak 5,559,130 kes Covid-19dicatatkan di seluruh dunia sehingga semalam.

Daripada jumlah itu katanya, sebanyak 348,610 kes kematian dilaporkan setakat ini.

“Pandemik ini dilihat semakin serius dan masih jauh dari berakhir.

“Setakat ini, negara Malaysia telah menyumbang kepada 0.14 peratus daripada jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 daripada seluruh dunia,” katanya.

Tags: Covid-19gelombangKKMperintah kawalan pergerakan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd