• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kalau Pergi Joging, Pasar Itu Bukan Kuarantin Namanya

oleh
28/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mengingatkan mereka yang memakai ‘wristband PUI’ perlu menjalani kuarantin di rumah supaya kekal berada di kediaman masing-masing atau bakal berdepan tindakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, mereka yang telah ditetapkan atau dikenal pasti untuk menjalani kuarantin wajib selama 14 hari di rumah tidak dibenarkan keluar dari kediaman mereka.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Jika mereka keluar dari rumah, pergi joging atau pergi pasar, itu bukan kuarantin dan kita nasihatkan mereka agar duduk di rumah.

“Apa yang kita akan laksanakan ketika ini adalah pemantauan sama ada mereka keluar dari rumah atau tidak.

“Kalau mereka keluar dari rumah bererti mereka telah ingkar dan tidak patuh terhadap peraturan atau perintah kuarantin, jadi tindakan boleh diambil terhadap mereka di bawah Akta 342,” katanya mengulas berhubung tindakan yang bakal diambil terhadap mereka yang ingkar terhadap arahan kuarantin selama 14 hari di rumah.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Noor Hisham memaklumkan KKM juga akan berbincang bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN), PDRM dan badan bukan kerajaan (NGO) lain dalam memastikan pemantauan terhadap penjarakkan sosial di tempat awam.

Katanya, pemantauan bukan sahaja terletak kepada pihak berwajib tetapi masyarakat juga perlu memainkan peranan dalam memastikan penjarakkan sosial sebagaimana disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

“Kerajaan telah memberi kelonggaran bersosial seperti bersenam dan apa yang penting, orang ramai perlu memastikan ada penjarakan sepanjang mereka melakukan aktiviti tersebut.

“Jadi rakyat Malaysia perlu sedar dan berwaspada terhadap kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) yang telah diberikan kepada mereka termasuk aktiviti bersenam,” katanya.

Tags: Covid-19KKMkuarantinwristband PUI
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Rafidah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd